Impenitent – Impenitent (Demo 2020)

0

Gua menyedari kewujudan band bernama Impenitent ini ketika penyertaan mereka didalam sebuah kompilasi bawahtanah bertajuk Oh Glorious Death, Shine Into Monumen of Darkness (2018). Berbekalkan sebuah track (yang turut dimuatkan didalam demo ini) berjudul Blood of Cult, track ini menjadi pertaruhan untuk memperkenalkan gaya dan pembawaan music Impenitent. Setelah 2 tahun selftitle demo ini berjaya dikeluarkan oleh Blood Holocaust Records yang pada gua merupakan antara sub-label kepada MTD Productions.

YN (Bass), FFY (Drums), H.FF (Guitars), Y.NS (Vocals)
Artwork oleh Shaz
Logo oleh Faizal Hashim
Tracklist :
1 – IntroDeath
2 – Truth to be a Liar
3 – Blood of Cult
Impenitent (Demo 2020) sebenarnya telah melalui proses rakaman agak lama sekitar 2017 sehingga 2018 dahulu. Segala rakaman instruments dilakukan di H.FF Studio, Kajang manakala rakaman vocal dilakukan di Black Blood Temple Studio, Shah Alam. Proses mix dan mastering dilakukan di S.US Studio, Putatan Sabah oleh Mawi pada tahun ini 2020.
Selain intro, 2 track penuh dari Impenitent iaitu Truth to be a Liar dan Blood of Cult, ternyata music Impenitent boleh dikatogeri sebagai Black/Death Metal dan disulami sedikit perisa Doom yang tidak keterlaluan. Riffing yang berada diantara melodic yang beremosi dan memberi mood tekanan. Pengaruh Modern Polish Black Metal boleh didengar melalui keseluruhan lagu yang dipersembahkan dan adakala apabila diamati dengan teliti kecenderungan kearah Eastern Metal masih boleh dihidu.
Dari segi sound produksi ternyata demo ini boleh dibanggakan. Mixing yang bagus dan setiap bunyian dari instrument kedengaran dengan jelas dan seimbang.
Impenitent (Demo 2020) boleh diperolehi dalam 2 format iaitu kaset dan pro CDR. Kedua2 format boleh diperolehi dengan harga yang sama iaitu RM16. Sila berhubung secara terus dengan MTD Productions melalui link yang disediakan dibawah untuk urusan pembelian kerana kedua2 format hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad. Kaset 44 unit + Pro CDR 44 unit.
Blood Holocaust Records (MTD Productions)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected