Hutan – Demo : Entity I (2020)

1

Tanpa semena-mena muncul sebuah band berkiblatkan Black Metal yang menggunakan terma bahasa Melayu iaitu Hutan. Dengan merahsiakan identiti disebalik nama Hutan, band ini muncul dengan sebuah demo bertajuk Demo : Entity I (2020). Demo yang pada gua bagus dari segi kualiti rakaman ini dikeluarkan dalam 2 format kaset dan CD. Kedua2 format release dalam kuantiti yang limited.

Demo : Entity I (2020)
Tracklist :
Introshiper
2 – Death Religion
3 – Entity
4 – Cursed of Evil Forest
5 – War (Burzum Cover)
Ok, tiada sebarang info teknikal berkenaan rakaman demo ini. Hanya sekeping cover sleeve dengan tracklist disertakan sebagai pakej demo.
Demo ini sebenarnya terdiri dari 3 buah lagu sendiri dari Hutan beserta sebuah intro dan bonus cover track dari Burzum bertajuk War yang diambil dari self-title album 1992.
Untuk perspektif sound produksi gua anggap ini adalah rakaman atau produk yang bagus kerana Hutan berani menonjolkan sound yang bersih dan tidak berharap kepada sound raw. Walaupun dengan sound gitar yang agak tajam namun gua anggap Hutan punya ulangkaji yang bagus dalam menghasilkan sound produksi sebegini. Rakaman drum juga agak organik pada bahagian snare amnya. bass secukup rasa dan tidak perlu menonjol berbunga2 untuk produk/genre sebegini. Vocal juga berjaya menambah jiwa kepada resepi keseluruhan bagi melengkapkan music Hutan.
Demo : Entity I (2020) dikeluarkan dalam format cassette dimana ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang limited sebanyak 20 unit sahaja dan sudah sold out. Sila hubungi Hutan Mati Records untuk bertanyakan jika masih ada sisa2 kaset. Hahaha.. Manakala untuk format CD (pro-printed CDR sebenarnya) ianya dikeluarkan sebanyak 44 unit oleh Blood Holocaust Records dengan harga RM16 by hand.
Hutan Mati Records

1 thought on “Hutan – Demo : Entity I (2020)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected