Monument of Misanthropia – Chapter 1 – Darkness & Death (2019)

0

Ini merupakan sebuah kompilasi yang pekat dengan intipati Black Metal. Dikeluarkan oleh sebuah label yang agak asing bernama Monument of Misanthrophia, kompilasi berjudul Chapter 1 : Darkness & Death (2019) ini muncul untuk suku terakhir 2019. Menampilkan band2 yang penuh kegelapan dan gua pasti chapter2 seterusnya pasti bakal menyusul dengan penyertaan lebih banyak band2 Black Metal tempatan yang lebih menggerunkan.

Cover design oleh Necro Syndicate Inc
Tracklist :
 1 – Necrozgin –  A Timeless Fog Circle
2 – Neftaraka – Rejjamaniax Hellslaughter
3 – Anti-R – Where All Mightiness
4 – Nightly Fog – The Old One, Salve Luna
5 – Bazzah – Abyss
6 – Bazzah – The Feast of Ghouls
7 – Ingkar – The Covenant of Evil Allies
8 – Black Abyss – Bael
9 – Nightly Fog – Eternal Dominion, The Cold One
10 – Necrozgin – Unholy Funeral Grim
11 – Aradia – Crying of Heaven
12 – Aradia – The Loss & Curse of Reverence

Monument of Misanthropia – Chapter 1 – Darkness & Death (2019) adalah sebuah kompilasi yang melibatkan beberapa nama besar dalam scene Black Metal tempatan dan digabung bersama beberapa nama yang kurang mendapat perhatian. Neftaraka, Bazzah, Aradia merupakan antara nama2 yang sudah dikenali manakala Anti-R telah menghasilkan 2 buah EP. Black Abyss yang sudah punya material-material rasmi tetap menyumbangkan sebuah lagu. Manakala nama2 seperti Nightly Fog (Kuala Lumpur), Ingkar (Kuala Lumpur), Necrozgin (Sabah), merupakan nama2 yang harus ada dalam senarai band2 Black metal jika anda mengaku ada seorang yang “trve” haha..

Sesuatu yang menarik berkenaan kompilasi ini ialah track2 yang dibawa oleh Bazzah dan Aradia merupakan rakaman mentah yang diambil dari persembahan live. Dua track live dari Bazzah diambil dari rakaman The Gathering 1997. Mempertaruhkan track yang release setahun kemudian bertajuk Abyss yang diambil dari album Kingdom of the Dead (1998) dan sebuah cover song dari Necromantia bertajuk The Feast of Ghouls. Aradia pula menyajikan sebuah unreleased track yang tidak pernah dirakam dalam mana2 keluaran rasmi mereka iaitu Crying of Heaven serta sebuah cover song dari Emperoro bertajuk The Loss & Curse Reverence.

Keseluruhan yang gua boleh rumuskan kepada penggemar sound produksi yang solid, meletup, bersih, rakaman profesional, kompilasi ini bukanlah untuk anda kerana kompilasi ini mengekalkan intipati Black Metal sebenar seperti primitif, kelam, raw dan kejam.

Monument of Misanthropia – Chapter 1 – Darkness & Death (2019) boleh dibeli dengan harga RM20 by hand. Sila berhubung dengan pihak label melalui email yang kami sertakan dibawah. Kepada penggemar irama Black Metal kental sila dapatkan copy anda sebelum ianya kehabisan.

Monument of Misanthropia
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected