Sungaze – This Dream [EP, 2021]

0

Perlu diakui bahawa genre shoegaze bukanlah lagi sebuah genre yang  menjadi kegilaan kini. Muzik shoegaze diminati kerana konsep muzik mereka yang kedengaran lembut dan melekakan namun dalam masa yang sama mengacau-bilaukan perasaan dan hati. Keberanian Sungaze dalam memainkan genre ini wajar diberi pujian yang mencukupi kerana mereka melalui denai yang sudahpun ditinggalkan beberapa puluh tahun lepas.

EP Sungaze berjudul This Dream menepati kesemua ciri muzik berentak shoegaze, psych rock dan dream pop yang kita boleh bayangkan. Secara ringkasnya ia sebuah EP yang berkonsep dan konsisten; sesuatu yang jarang dipelopori kumpulan zaman sekarang. Oleh sebab itu, keseluruhan EP ini kedengaran tekal. Berbanding pemuzik yang suka membawa genre pelbagai dalam satu rilisan, saya akan sentiasa mengagumi kebolehan pemuzik yang mampu membawakan muzik yang mempunyai konsep sekata dalam satu rilisan kerana ia memerlukan satu kebolehan yang luarbiasa untuk mengeluarkan lebih dari 3 lagu dalam rentak yang sama, namun membawa cerita yang berbeza-beza. Dan Sungaze adalah complete opposite of that.

Tapi, muzik yang sehala mudah membuatkan kita boyak. Dengan reverb yang menggaung daripada gitar dan vokal sepanjang lagu untuk setiap trek, telinga saya mudah jadi penat mengakibatkan saya menjadi sedikit letih untuk fokus kepada muzik mereka. Hanya trek pertama mereka, Look Away yang mempunyai dinamik berbeza berbanding lagu lain. Manakala lagu yang paling mudah untuk saya ingati ialah Body In The Mirror atas kekuatan melodi mereka yang juga ditampung kemanisan bunyian tamborin.

Sekiranya anda masih meminati muzik shoegaze dan sudah muak dengan memorabilia Slowdive, Sungaze adalah alternatif yang anda boleh pertimbangkan.

This Dream kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Slowdive, My Bloody Valentine, Lush

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected