Soulfly – Wacken Open Air (2006) – DVD

0

Ini merupakan sebuah review DVD. Sebuah persembahan Live dari Soulfly yang dirakam ketika berlangsungnya Wacken Open Air 2006.

Line up Soulfly – Wacken 2006
Joe Nunez (Drum), Max Cavalera (Vocal/Guitar), Bobby Burns (Bass), Marc Rizzo (Guitar)
 

 
Tracklist :
01 – Intro
02 – Babylon
03 – Prophecy
04 – Seek N’ Strike
05 – Jumpda-Fuckup – Bring It
06 – Fire – Mars
07 – Refuse/Resist
08 – Execution Style
09 – Fuel The Hate – Beneath The Remains – Cockroaches – Electric Funeral
10 – L.O.T.M. – Angel Of Death
11 – Porrada
12 – Drum Jam
13 – Troops Of Doom
14 – Corrosion Creeps
15 – Frontlines
16 – Back To The Primitive
17 – Spit
18 – The Song Remains Insane
19 – The Prophet
20 – Eye For An Eye – Creeping Death
Jika dilihat pada tracklist, boleh dikatakan Soulfly membawa lagu dari setiap album yang pernah di lahirkan. Malah mereka turut membawa sebuah lagu dari projek Max Cavalera iaitu Nailbomb. lagu tersebut ialah Cockroaches yang dibawa secara terus terusan selepas tamatnya lagu Beneath The Remain (Sepultura). Cockroaches mung dipilih kerana bersesuaian dgn konsep Soulfly kerana lagu fast bertajuk Wasted Away pernah gua tengok dibawa secara live oleh sebuah lagi projek band Max iaitu Cavalera Conspiracy.
Jika dilihat dari segenap persembahan mereka di temasya ini boleh dikatakan sistem bunyian adalah terbaik untuk santapan gegendang telinga anda.walaupun ada ketikanya Max Cavalera hanya memainkan open string chord ketika beliau menyanyi namun, bunyian stereonya masih lagi kedengaran baik.
Kembali kepada track2 yang dimainkan terdapat beberapa track yang menarik dan boleh dikatakan track2 berunsur Thrash/Groove menjadikan moshpit kucar kacir. track lama Sepultura iaitu Beneath The Remain, Troop Of Doom, The Song Remains Insane dan Frontlines menyaksikan crowd seakan2 diserang histeria. Haha..Track bertajuk Jumpdafuckup mungkin akan lebih menggila jika ianya dinyanyikan berduet bersama Corey Taylor dari Slipknot (penyanyi asal yg berduet bersama Max Cavalera dalam album kedua Primitive). Outro untuk persembahan ini ada sedikit gimik kerana mereka membawakan intro Metallica bertajuk Creeping Death. Yeahhh! Namun sedikit menyedihkan kerana didalam DVD ini tidak terkandung track Root Bloody Root yang terdapat didalam album Sepultura iaitu Root. lagu ini turut dimainkan ketika persembahan ini.
Soulfly – Root Bloody Root (Live Wacken 2006)

Dari segi permainan instrument dari setiap line up, pada gua kredit harus diberikan kepada Marc Rizzo (Guitar) dan Joe Nunez (Drum). Jika diperhatikan Marc Rizzo bukanlah sebarangan gitarist. Untuk pengetahuan anda, Marc Rizzo telah mengeluarkan beberapa buah album solo. Mungkin beliau bukan termasuk dikalangan guitar hero seperti Joe Satriani, Steve Vai atau sebagainya atau mungkin juga masa beliau mencapai tahap itu belum sampai.. haha.. Joe Nunez selaku pemain drum juga merupakan antara tulang belakang yang menjadikan music bawaan Soulfly penuh kekuatan. Hentakan drum dari Joe Nunez begitu konsisten sekali. Agak unik set drum nya seakan2 sama seperti drummer asal Soulfly iaitu Roy Mayorga (sekarang bersama Stone Sour). Namun kedua2 drummer ini punya kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Jika dibandingkan dari segi permainan gitar Soulfly dan Sepultura, pada mungkin Marc Rizzo punya sedikit kelebihan dari Andres Kisser (Sepultura) dari segi permainan dan kawalan permainan kerana beliau lebih kepada pengekplorasian bunyi guitar dan bunyian efek. namun Andres Kisser pula punya kelebihan dengan membawa lagu dengan lebih soul atau dlm ertikata lain pengamatan lagu yg lebih feel. (sori susah nk translate dgn kata2..haha) Dari segi permainan drum pula Joe Nunez, Roy Mayorga dan Igor Cavalera, ketiga2 mereka punya kelainan tersendiri. namun album pertama Soulfly bersama Roy Mayorga menyaksikan kemampuan Roy Mayorga menyesuaikan lantas menghasilkan sound serta beat pelik yang sekaligus menusuk kedalam album pertama mereka. Joe Nunez punya permaianan yang konsisten dan ligat dipentas manakala Igor (kembali bersama Max didalam Cavalera Conspiracy) punya hentakan yang menghasilkan tone yang baik hasil dari hentakan yang cukup padu. (gua masih lagi teringat hentakan dari igor didalam lagu Arise ketika Pinkpop 1996.. cukup padu!!!). Untuk pengetahuan anda pemain bass Bobby Burns telah keluar dari Soulfly dan Soulfly belum mempunyai pemain bass tetap buat masa ini. Untuk persembahan live atau tour, posisi pemain bass digalas oleh Johny Chow.
Ok, rasanya DVD ini mudah untuk dibeli distore2 DVD berhampiran (tidak seperti DVD Wacken 2007, dah x jumpa dah..haha). harga cuma RM21.90 dan didistribute oleh Advance Sound Production Co. Ltd.
Soulfly boleh dicapai melalui :
Myspace

Soulfly – Frontliners (Live at Wacken 2006)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected