Soul Dissolution – Winter Contemplations [EP, 2020]

0

Saya menyukai Post/Atmospheric Black Metal yang melankolik dan hiba. Feel sebegini sedap dilayan di waktu hujan atau tengah malam, atau bila-bila rasa tertekan. EP terkini daripada band Belgium, Soul Dissolution yang berjudul ‘Winter Contemplations’ menepati ciri-ciri ini. EP 2 trek ini dikeluarkan oleh Viridian Flame Records pada 12 November.

Dengan durasi hampir 25 minit untuk 2 trek, anda boleh mengagak ia adalah terbitan yang sarat dengan buil-up dan Post-Metal goodness. Menariknya ‘Winter Contemplations’ lebih cenderung kepada mid-paced tempo, yang memberi peluang untuk vokal mengambil centre piece dengan lontaran suara yang terseksa dengan gitar mempunyai ruang membina mood daripada standard mid-paced stail ala DSBM kepada dinamik Post-Metal di pertengahan lagu. Kalau anda jenis suka feel yang build-up, bukan terus meletus kepada wall of sound (Blackgaze selalu macam ni), dan klimaks yang soaring serta sejuk-sejuk dingin, Soul Dissolution adalah pilihan yang betul. Trek kedua pula menterbalikkan formula trek pertama, iaitu dengan bermula secara Post-Rock-ish sebelum meletus kepada full-blown Post-Black Metal, lengkap dengan paluan pedal berkembar dan intense blast beat over a melancholic guitar playing.

Saya menyukai the fact yang Soul Dissolution sebenarnya take their time berbanding terus nak balun Atmospheric Black Metal all the way. This explains EP ini berdurasi panjang, mereka craft lagu-lagu in such way yang semuanya build up kepada soaring klimaks. Sebenarnya macam formula Post-Rock la, layered around Black Metal sound. Saya okay saja dengan kualiti rakaman dan instruments yang decent, plus dengan mid-pace tempo mereka lebih in control dengan instruments berbanding nak kelam-kabut balun habiskan lagu. Jika anda nak get balls deep dengan feel melankoli, saya syor anda dengarkan Winter Contemplations.

Winter Contemplations kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Agalloch, Alcest, Harakiri for the Sky, Drudkh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected