Soothsayer – At This Great Depth (EP2016)

0

Soothsayer merupakan sebuah band dari Cork, Ireland yang membawa konsep Atmospheric Doom Metal. Ditubuhkan sekitar 2013, terlebih dahulu Soothsayer telah menghasilkan sebuah EP bertajuk The Soothsayer pada 2015. Apabila bercakap mengenai band yang membawa konsep Atmospheric Doom Metal, perkara pertama yang pasti akan terbayang adalah lagu2 yang mempunyai durasi yang panjang. The Soothsayer (EP2015) terdiri dari 3 buah lagu yang mana durasi secara totalnya adalah 36 minit 43 saat. Manakala At This Great Depth (EP2016) terdiri dari 2 buah lagu dengan jumlah durasi 24 minit 12 saat. At This Great Depth (EP2016) dikeluarkan dibawah label Transcending Obscurity Records.

Líam Hughes (Vocals/Noise), Con Doyle – (Guitar/Vocals), Marc O’Grady (Guitar), Pavol Rosa (Bass), Will Fahey (Drums)
Tracklist :
1 – Umpire
2 – Of Locust and Moths

At This Great Depth (EP2016) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Eamonn Coleman Recording iaitu berlokasi di Cork, Ireland.

Umpire merupakan sebuah track panjang yang berdurasi 16 minit. Punya ekspresi pelbagai. Sukar untuk mengenalpasti pengaruh music Soothsayer memandangkan kepelbagaian gaya dan mood dimainkan dari Doom, Sludge sehingga ke arah Depressive Black Metal.

Of Locust and Morts yang berdurasi 8 minit 12 saat walaupun berada dalam mood Doom Metal namun ianya sangat beremosi, depressive dan penuh tekanan. Mengamati track ini lebih mudah jika dibandingkan dengan track pertama. Of Locust and Morts mungkin boleh diterjemah sebagai sebuah track yang tergolong dalam terma Depressive Black Metal. Sebuah track yang punya pengaruh Black Metal yang kuat beserta kekuatan sebanr adalah pada riffing gitar yang seakan membuai pendengaran anda kepada situasi dan emosi apa yang ingin disampaikan Soothsayer melalui media iaitu music.

Mengamati music garapan Soothsayer seakan berada dalam satu dunia khayalan. Emosi, kegelapan, tekanan dan negatif adalah asas utama sepanjang menghayati kedua2 track dari EP ini. Gua jarang layan genre sebegini namun apabila sahaja mendengar EP ini, terasa seakan sedikit “high” dan melayang dengan mood atmospheric ciptaan mereka.

Gua pasti ada sahaja penggemar music seperti bawaan Soothsayer dimerata alam. Jika ingin memiliki CD berformat digipak ini, anda boleh menghubungi label atau membuat pembelian di SINI dan sebelum menutup review ini, kami sertakan sebuah track bertajuk Umpire sebagai preview kepada anda.

klik SINI untuk pembelian secara package

Soothsayer
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected