Fetid Zombie – Epicedia (2016)

0

Jika anda perasan semenjak kami pihak DtE membuat beberapa review band dari label Transcending Obscurity Records, nama Mark Riddick kerap ditulis selaku pereka artwork beberapa keluaran label tersebut. Fetid Zombie merupakan projek one men band Mark Riddick. Fetid Zombie secara mukadimahnya ditubuhkan sekitar 2007 di Ashburn, Virgina USA. Membawa konsep Death Metal dan Epicedia merupakan album penuh ke 6 setelah beberapa split dan EP dihasilkan. Untuk album Epicedia, ianya berada dibawah naungan Transcending Obscurity Records dan telah dilancarkan pada 25 November 2016.

Mark Riddick – Voice, Guitar, Bass, Drum Programming, Synth
Pemuzik undangan :
Ralf Hauber (Revel In Flesh) – Vocals (III, IV)
Yusef Wallace (Rude) – Vocals (I)
Dawn Desiree (ex-Rain Fell Within) – Vocals (I, II, III, IV)
Nunsslutgoat (Goat Holocaust) – Vocals (III)
Jamie Whyte (Beyond Mortal Dreams) – Guitar Solos (III, IV)
Josh Fleischer (Svierg) – Acoustic + Rhythm Guitar (I, III, IV)
Toby Knapp (Where Evil Follows) – Guitar Solos (I, II, III, IV)
Nick Walker (Bane of Bedlam) – Bass Solo (III)
 
Artwork oleh Mark Riddick
Tracklist :
1 – Lowered Beneath
2 – Devour the Virtuous
3 – Devour the Innocent
4 – If the Dead Could Speak

Secara teknikalnya music Fetid Zombie pada asasnya adalah riffing old school berteraskan Death Metal 90an yang dipengaruhi band-band seperti The Chasm, Nocturnus, Grave, Deceased, Master dan Sepultura (old) dan pemilihan pemuzik undangan serata dunia terutama pada bahagian solo gitar adalah sesuatu yang paling membuatkan Epicedia menarik.


4 buah track yang dihidangkan merupakan track-track yang berdurasi panjang iaitu sekitar 8 minit keatas. Lowered Beneath ternyata menyaksikan Toby Knapp dari band Where Evil Follows mendominasi segenap pelusuk dengan solo2 gitar yang mengasyikkan. Tidak sekadar punya kelajuan namun ianya kedengaran penuh berjiwa.

Devour the Virtuous dilihat agak old skool penghasilan riffing dan struktur komposisi lagunya. Adakala mengingatkan penggunaan suara latar yang seram seperti dilakukan Cradle of Filth untuk beberapa bahagian. Ok, sekali lagi solo gitar dari Toby Knapp menambahkan track ini menjadi lebih hidup. Satu nama yang perlu diberi perhatian… Toby Knapp!!!!

Gua anggarkan Devour the Innocent antara track paling meriah dengan gabungan beberapa vocalist seperti Ralf Hauber (Revel In Flesh), Dawn Desiree (ex-Rain Fell Within) dan Nunsslutgoat (Goat Holocaust). Selain Toby Knapp yang menyumbangkan solo gitar untuk kesemua track, Jamie Whyte (Beyond Mortal Dreams) turut menyumbangkan solo gitarnya untuk track ini. Paling menarik adalah solo bass oleh Nick Walker (Bane of Bedlam). Ya bass solo!!!

If the Dead Could Speak selaku track penutup kedengaran seperti cuba menyaingi track ketiga. Vocal yang agak sedikit kedepan jika dibandingkan dengan 3 track awal dimana teknik growl dan scream masing2 termaktub sebagai cara penyampaian vocal untuk track ini. Toby Knapp dan Jamie Whyte masing2 masih menunjukkan kehebatan masing2 dalam solo gitar masing2.

Sepanjang menghayati Epicedia, boleh gua simpulkan Mark Riddick adalah antara penghasil riffing heavy/thrash kuno dan punya kepelbagaian idea dalam komposisi lagu2 nya. Adakala seakan mendengar Riot apabila tiba dipart2 yang berentak Heavy metal, adakala tempo menjadi laju dan sememangnya untuk setiap track dihasilkan Mark Riddick banyak memainkan flow2 agar komposisi lagu2 nya ada turun naik nada nya.

Kenali Fetid Zombie melalui laman sesawang dibawah atau untuk mendapatkan Epicedia, sila hubungi Transcending Obscurity.

Fetid Zombie
Facebook
Bandcamp
Mark Riddick (Facebook)

Transcending Obscurity

Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected