Balance Interruption – Door 218 (2016)

0

Balance Interruption adalah sebuah band yang pada asasnya beraliran Black Metal namun punya pengaruh pelbagai yang agak menampakkan kelainan pada music mereka. Balance Interruption berasal dari Kyyiv, Ukrine. Ditubuhkan sekitar 2005. Menghasilkan beberapa EP dan 2 buah album penuh dan terkini di bawah label Satanath Records mereka tampil dengan album ketiga bertajuk Door 218 yang dikeluarkan pada 28 September 2016. Rilis ini turut disertai oleh sebuah lagi label iaitu Abstruse Eerie Radiance dari Belgium.

 Lucifer (Bass), NK-47 (Vocals/Guitars), Dmitry Kim (Drums)
Tracklist :
1 – Last Sunset Without Sun
2 – Door 218
3 – Not Survived to the Sentencing
4 – DUST
5 – Suicidealer
6 – Incubatum Conveyor
7 – Morbid Soul Shelter
8 – Hypnotik Eye Kvlt Terror

Door 218 mendapat review yang agak positif sebagai antara produk terbaek untuk 2016 dari pelbagai webzine serata dunia. Ini membuatkan gua rasa cuba explore apa yang menarik berkenaan album ini. Dan gua mengambil masa kira2 dua minggu untuk menghadam apa yang terkandung didalam album ini.

Setelah mendalami Door 218, gua dapat simpulkan ini merupakan sebuah album yang masih termaktub di bawah kategori Black Metal namun idea penulisan dan elemen2 didalam music mereka menampakkan kelainan. Istilah original tidak berani plak untuk gua sebut (mungkin ada band yang terdahulu menghasilkan music sebegini yang gua terlepas pandang) tetapi teras Black Metal menjadi tunjang music disamping bunyian electronica dan pengaruh jazz noir yang diterapkan dalam Door 218 ternyata membuatkan ianya kedengaran lari dari terma tipikal yang selalu kita dengar dari music Black Metal. Adakala album ini kedengaran seperti berada dalam kategori EBM tetapi tidak keterlaluan sehingga menjadi konsep keseluruhan album. Ia mungkin sesuai di sebut Black Metal yang berada dalam alaf baru dan tidak salah jika gua katakan ini adalah Modern Black Metal yang kontranya akan dibenci oleh pendokong Black Metal orthodox! Untuk telinga gua yang memahami erti “music” dan evolusi, gua berpendapat idea Balance Interruption untuk Door 218 adalah satu percubaan gila dan berani mati.

Bayangkan Black Metal ala Emperor + Electronic ala Rob Zombie dan Pain ciptaan Peter Tagtren + Jazz lucah + Technical playing (tidak keterlaluan) + sedikit odd signature di blend bersama menjadi satu ramuan. Itulah Door 218 ciptaan Balance Interruption. Satu resepi berani mati dan anda boleh preview melalui link yang kami sertakan dibawah ini.

Hubungi dan kenali Balance Interruption melalui link yang kami sediakan dibawah. Dan sila rembat CD Door 218 juga melalui link yang turut kami sediakan. Akhir kata, kepada pendengar Black Metal yang cuba lari dari apa yang selalu anda dengar, boleh kiranya mendapatkan album ini secara fizikal atau digital.


Balance Interruption
Email
Facebook
Myspace

Satanath Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected