Bloody Anatomies – Parasick (2016)

0

Bloody Anatomies merupakan sebuah band dari Kuala Lumpur yang membawa music Brutal Death Metal. Bermula sekitar 2008. Mengalami beberapa perubahan line up sepanjang kewujudan dan menghasilkan sebuah demo, promo dan terkini di bawah label Endless Torture Records (Indonesia), sebuah album penuh berjudul Parasick telah dihasilkan dan mula berada di pasaran pada 16 September 2016.

 Dhomfarysa (Guitar), Faixal (Drums), Syafeg (Vocals) , Syharma (Bass)

 Artwork oleh Rudi Gorgingsuicide
Tracklist :
1 – Parasick
2 – Amputated Maggots
3 – Virus Mutated
4 – Chaos DNA
5 – Mutilated To Beast
6 – Humanoid Stabwound Therapy
7 – Fragment Of Death
8 – Controlled Bleeding
9 – AnalTomies (Outro)
10 – Fragment Of Torture (Remastered Demo 2009)
11 – Electro Convulsion Therapy (Remastered Demo 2009)

Parasick boleh di katogerikan antara produk berstatus ngeri dari scene tempatan amnya walaupun secara teknikalnya ianya di rilis oleh label Indonesia. 9 track baru beserta 2 bonus track yang melalui proses mastering semula yang diambil dari Promo 2009 berkisar tema “ngeri dan darah-darah” pasti boleh bikin penggemar music anti melodi tersenyum apabila mendengarnya.

Sepanjang menghadam Parasick, boleh gua klasifikasikan music Bloody Anatomies lebih menjurus kepada Brutal Death Metal/ Gore Metal. Riffing yang agak straight forward, drum superblasting dan gaya pembawaan vocal dari Syafeq yang lebih menjurus kepada gaya pembawaan band goregrind yang sukar difahami sebutan liriknya. Sound produksi boleh dibanggakan namun seperkara yang gua perasan adalah tone snare yang seakan sama dengan produk2 tempatan lain contohnya dari band Bunuhdiri dan Sick Society. Mungkin ini yang dikehendaki oleh band, sound engineer yang sama atau mumgkin sebab2 yang lain.

Selain itu produk bergenre sebegini boleh gua katakan masih punya perkembangannya tersendiri di Malaysia dan beberapa band lain turut berkongsi halatuju music seperti Sick Society, Bunuhdiri, Butcher Bastard, Chelation Intoxication, Akaren. Namun Bloody Anatomies agak bertuah bernaung di bawah Endless Torture Records memandangkan pasaran music sebegini di Indonesia memang menggalakkan dan band2 pelapis tidak pernah putus dengan kelahiran2 baru.

Hubungi Bloody Anatomies melalui email dan laman sesawang yang kami sediakan dibawah untuk sebarang urusan pembelian. Kepada pembaca dari luar Malaysia, sila hubungi Endless Torture Records untuk mendapatkan copy anda. Khusus kepada penggemar2 music ala2 Disgorge (US), Krisiun, Decrepit Birth dan Vital Remains.

Bloody Anatomies – Amputated Maggots 2016

Bloody Anatomies
Facebook
Myspace

Endless Torture Records
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected