Severed Headshop – The Fuckening [EP, 2022]

0

It’s time for backbreaking Deathgrind. Saya baru saja mendengar terbitan terkini daripada geng Deathgrind AS iaitu Severed Headshop dengan EP berjudul The Fuckening yang terbit melalui Everlasting Spew Records and holy thunderfuck, Batman! Berdengung kepala dibuatnya.

The Fuckening (amenda la tajuk macam ni ye) menawarkan 5 trek yang berdurasi 20 minit yang berdesup laju tak ingat. Rata-rata trek dalam The Fuckening memang membelasah pendengaran tanpa sebarang belas kasihan melalui sound yang crisp clear dan well balanced mix. Saya boleh dengar bass berdenting dalam mix di kala gitar memainkan riff-riff yang rabak, dram pulak setia membanting blastbeat di setiap peluang yang ada dan vokal cukup berapi memuntahkan pekikan yang pekat berkahak. Menjelang pertengahan EP, kepala saya dah naik berasap dengan intensity The Fuckening yang diibaratkan lori lebih muatan menyondol semua kenderaan di lebuhraya yang sibuk. Namun ia cukup menghiburkan. Sekurang-kurangnya ia adalah well produced EP dengan sentuhan dark humour (ada menyelitkan sample audio yang hilarious dan merapu-rapu) dan gore yang secukupnya. It feels short tapi Deathgrind nak panjang-panjang buat apa. They come, they destroy and they leave. Tu saja. Tak perlu nak beria build-up and shit. The Fuckening is a must listen if you like your Death Metal/Grind crisp and tight with a touch of humour.

The Fuckening kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.

FFO: Skinless, Cattle Decapitation, Decapitated, Psycroptic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected