Ashenspire – Hostile Architecture [Full Length, 2022]

0

Avantgarde Black Metal adalah subgenre yang masih terlalu asing untuk saya hadam, walaupun pada satu ketika dulu Arcturus merupakan band saya kerap dengar. Macam album terkini unit Avantgarde/Prog Black Metal Scotland, Ashenspire berjudul Hostile Architecture yang dikeluarkan melalui Aural Music; ia cukup interesting dan mencabar setiap nilai conventional Black Metal (heck, even music in general tbh!)

Hostile Architecture menawarkan journey sonic yang kompleks, long winding (sekalipun sekadar memakan 40 minit sahaja) dan dramatic. Struktur lagu yang berlapis-lapis dan sukar diagak (berbanding Black Metal biasa yang kebanyakan straight forward) diperkayakan dengan instruments bukan standard Black Metal seperti saxophone, violin, rhodes piano dan hammered dulcimer memberikan aura misteri dan weird terhadap album ini. Ini ditambah pula dengan vokal yang bervariasi seperti koir, laungan, clean vocals dan obviously harsh vocals. Kesemua elemen ini dijalin hebat, dan macam saya cakap tadi, dramatik dalam menceritakan topik berat jurang antara kapitalis dan golongan pekerja. Yeah, pada saya ini art berat. Ia mempunyai dinamik naik-turun yang membawa feel jiwa berserabut, growing discontent dan pelbagai lagi. 

Saya turut menyukai permainan gitarnya yang bervariasi antara Black Metal yang jangly (ada masa macam dissonant sikit, kemudian jadi sedikit jazzy, diselit teknikal pulak. Memang bervariasi untuk yang sukakan material pendengaran mereka yang berwarna-warni. Untuk saya pulak, Hostile Architecture memerlukan masa untuk difahami sungguhpun saya menghargainya sebagai karya yang padat dan berat. I guess, it’s not for everyone.

Hostile Architecture kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: A Forest of Stars, Imperial Triumphant, Arcturus, Dødsheimgard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected