Provokrasi – Semangat Membara [EP, 2022]

0

Unit Hardcore Punk KL, Provokrasi baharu sahaja ditubuhkan pada April 2022 dan kini telah mengeluarkan EP sulung mereka yang berjudul ‘Semangat Membara’ melalui Gravest Records. Band ini mungkin baharu tapi line-upnya bukan kecik anak yang terdiri daripada ahli-ahli Kiss the Fallen, Sekam, Dependent dan Radikal.

Semangat Membara menjamu pendengar dengan 6 trek berdurasi 15 minit. Right off the bat, opening track membanting pendengaran dengan riffs yang chunky dan breakdown berlori-lori gayanya. There is abundance of gang vocals peppered throughout the EP yang sebenarnya buat darah meruap-ruap ke muka dan nak go violent in the pit. Saya boleh bayangkan berapa banyak penumbuk akan berterbangan dalam show mereka ini. 

Saya cukup gemar dengan permainan gitar dalam EP ini yang pummelling dan menaikkan semangat. Vokal yang di antara squeaky dan yelling yang menghujankan lirik-lirik yang berapi. Saya sebenarnya lebih menyukai jika ada trade-off vokal seperti di trek terakhir yang menampilkan Ijam Restraint, yang memberi perfect balance antara high and low vocals, malah terasa sound lebih whole dan padat. Trek Jelaga Raga menariknya merupakan interlude yang menampilkan permainan piano yang mournful dan spoken words yang memberi breathing space di pertengahan EP. Kesimpulannya, saya fikir EP ini dihasilkan dengan baik dengan breakdown yang backbreaking dan menaikkan semangat, cuma trek terakhir terdengar muffled berbanding trek lain. Other than that, it’s pretty good for a debut EP. 

Semangat Membara kini terdapat dalam format CD.

FFO: 25 ta Life, Restraint, Thy Regiment, Earth Crisis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected