Plasmodium – Towers of Silence [Full Length, 2021]
Macam banyak kali saya cakap dalam review lain sebelum ni, Australia menyimpan banyak hidden gems dari scene Metal. Kebanyakan releases yang saya dengar memang lari dari stail biasa ramai daripada kita dengar. Sebagai bukti, dengarkan saja Plasmodium, band Cosmic Black/Death Metal melalui album penuh Towwrs of Silence. Ia dikeluarkan oleh Transcending Obscurity Records.
Album yang mencecah playtime 47 minit ini sekadar mempunyai 5 trek, namun semuanya panjang-panjang. Pertama kali dengar Towers of Silence, saya dapati Plasmodium mempunyai vibe Portal dan Revenge yang kuat. Relentless barrage of murky dissonant guitars, machine gun drumming dan vokal parau yang inhuman menjadikan album ini kacau-bilau dan jelas menganjurkan kehancuran total. Saya berkenan betul dengan paduan gitar dan dram yang naik sawan, meribut menyeksa pendengaran (in a good way) yang takde belas-kasihan langsung. Nak kata teknikal tak jugak, nak kata meaningless noises pun tidak kerana song form tetap intact. Tak payah nak bermelodi atau feeling-feeling, cukup pecah muka menghancurkan semua. Ugh!
Ditambah pulak dengan atmosphere yang mengawangi di kebanyakan trek menaikkan feel terrifying towards the unknown. Rasa macam naik bulu roma mengenangkan impending doom yang entah dari mana, but this stuff slaps, my friends. Saya jamin 5 lagu dengan durasi 47 minit ni takkan terasa berlalu, unless you’re not into chaotic stuff la. Towers of Silence sebenarnya cukup appealing dengan sound yang tak terlalu necro dan weird, hanya cukup-cukup sahaja untuk jadi aneh dan terrifying yang boleh difahami. Towers of Silence kills, dan selayaknya berada dalam top album 2021.
Towers of Silence kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Portal, Teitanblood, Revenge, Altarage, Ulcerate, Mitochondrion, Deathspell Omega