Paganizer – Land of Weeping Souls (2017)

0

Kepada follower tegar music keras tempatan, pasti akan teringat satu keluaran dari Psychic Scream pada 1999 iaitu album dari band bernama Paganizer bertajuk Deadbanger dimana ini adalah album sulung dari Paganizer setelah band ini diwujudkan pada 1998 (demo pertama juga release pada tahun yg sama). Setelah hampir 20 tahun bergelumang dalam kancah Death Metal dunia, Paganizer yang sememangnya sebuah band yang produktif dengan material2 baru muncul dengan album ke 10 bertajuk Land of Weeping Souls (2017) dibawah label yang sedang berpengaruh dari India iaitu Transcending Obscurity Production. Album ini akan mula dipasarkan pada 1 August 2017.

Rogga Johansson (vocals/guitars)
Kjetil Lynghaug (lead guitars)
Martin Klasen (bass)
Matte Fiebig (drums)
Artwork oleh Daniel “Devilish” Johnsson
Layout oleh Silvester Koorevaar

Tracklist :

1 – Your Suffering Will Be Legendary
2 – Dehumanized
3 – Forlorn Dreams
4 – Land of Weeping Souls
5 – The Insanity Never Stops
6 – Selfdestructor
7 – Death Addicts Posthumous
8 – The Buried Undead
9 – Soulless Feeding Machine
10 – Prey to Death

Keras, berat dan brutal adalah 3 perkataan wajib dinyatakan apabila album ini diputar berkali2. Sejajar dengan usia Paganizer yang menghampiri 20 tahun dan pengalaman teraju utama Rogga Johansson yang sememangnya aktif dengan projek2 band lain yang dianggotainya, membuatkan album ke 10 Paganizer ini kedengaran begitu matang dan aura Death Metal itu begitu tebal dan memenuhi ruang lingkup music ciptaan Paganizer itu sendiri.

Secara keseluruhan, album berdurasi 35 minit ini rata2 setiap track berdurasi 3 minit kecuali track ke 3 yang berdurasi menghampiri 5 minit. Sound produksi yang bagus terang-trangan membuktikan Death Metal adalah pegangan rasmi Paganizer sejak sekian lama. Lebih teliti gua cukup berkenan dengan tone setiap instruments juga vocal berkahak dari Rogga Johansson. Penganut Death Metal yang sukakan aura agresif adalah disarankan memiliki album ini. Anda akan rasakan bagaimana gegendang telinga anda dibedil dengan hentaman drum Matte Fiebig juga riffing2 membunuh dari Rogga Johansson dan Kjetil Lynghaug.

Track merbahaya : Your Suffering Will Be Legendary, Dehumanized, Land of Weeping Souls, The Insanity Never Stops, Death Addicts Posthumous.

Land of Weeping Souls boleh diperolehi dalam beberapa format seperti 12″ vinyl (150 copies – green), Gold embossed boxset CD (100 units), jewel case CD (300 units) dan juga boleh dibeli secara online. Sila berhubung secara terus dengan Transcending Obscurity Records untuk sebarang pembelian.

Paganizer
Email
Facebook
Bandcamp
Myspace
Reverbnation

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected