Peligrosos – Brainwash (EP2017)

0

Dinyatakan melalui laman facebook, Peligrosos ditubuhkan sekitar 2009 dalam keadaan mereka masih bersekolah, tidak tahu bermain alat muzik namun cita2 bermain band wujud setelah mendengar lagu dari band2 Punk dan Metal seperti Dum Dum Tak dan juga dua band yang aktif dikawasan mereka (Tawau dan Lahad Datu) iaitu Gerodok dan Armados. Juga dinyatakan Peligrosos mula menyertai scene Thrash Metal/Punk sekitar 2012 dan pada penghujung 2016, Peligrosos mula menjejak kaki ke studio untuk rakaman pertama bertajuk Brainwash(EP2017). Material ini release dibawah Nervous Records dalam format kaset.

Acap (Bass), Sepul (Vocal/Guitar), Keong (Drums), Ayen (Lead Guitars)
* line up terbaru adalah Niko (Drum) dan Acai (Bass)

Artwork oleh Reza

Tracklist :
1 – Korupsi
2 – Political Assault
3 – Media So Sial!!!
4 – Demokrasi Pagar Besi

Brainwash (EP2017) menjalani proses rakaman di Setanggi Setang Records, Lahad Datu oleh Munir pada 5 Disember 2016.

Secara keseluruhan apabila tape ini dimainkan berulang kali selama beberapa hari, gua dapat simpulkan beberapa perkara. Pertama akar atau root music Peligrosos lebih menjurus kearah Punk walaupun beberapa riffing dan strok drum berada dalam radar Thrash Metal. Music mereka berada dalam lingkungan Crossover seperti Municipal Waste dan Iron Reagan. Resepi dari 4 lagu EP ini yang dapat gua hidu adalah basic riff straight forward hardcore punk + riffing thrash metal + chorus yang melodic.. Kedua, gua beranggapan Ayen (Lead guitar) dan Keong (Drums) berkemungkinan punya asas music Metal jika diperhatikan pada corak permainan instrument masing2. Ketiga, mungkin pada mula nya gua rasa seakan tidak bersetuju dengan cara pembawaan vocal oleh Sepul, namun apabila tape ini dipaksa cerna gua berpendapat trademark Peligrosos selain pada music crossover nya, ia nya terletak pada cara pembawaan vocal Sepul. Jika lagu2 mereka dinyanyikan oleh penyanyi lain, gua rasa trademark Peligrosos pasti akan berubah dan tidak seperti yang didengar sekarang.

Dari segi sound produksi, Brainwash (EP2017) masih boleh dibanggakan walaupun ianya boleh di “up” lagi hasil nya. Mungkin bajet menghadkan semua ini. Diharap next material Peligrosos mampu menghasilkan mutu (bunyi) rakaman yang lebih meletup.

Feberet track : Political Assault

Brainwash (EP2017) boleh dibeli dengan harga RM12 by hand atau RM20 by postage. Sila hubungi Nervous Records untuk urusan pembelian dan kenali Peligrosos melalui link2 yang kami sediakan dibawah.

Peligrosos
Facebook

Nervhous Records
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected