Succubus – Nocturnal (Promo 2017)

2

Succubus merupakan antara band tempatan yang memperjuangkan genre Death/Thrash Metal. Dengan music yang rancak, terdahulu Succubus telah menghasilkan sebuah demo, sebuah kompilasi (format vinyl) dan sebuah EP bertajuk Descend unto Gehenna yang mana ianya hasilkan bersama label dari USA iaitu Slaughterhouse Records pada 2013. Terkini sebelum full length pertama release, bersama Gedebe Records, Succubus telah mengeluarkan sebuah material bertajuk Nocturnal yang mana ianya adalah promo awal sebelum kelahiran album pertama mereka. Line up terkini Succubus adalah N.Incubus Faza (Vocal), Arm Aggressor (Bass), Fifi (Guitars), Zakhyr (Drums)

Artwork oleh N. Faza

Tracklist :
1 – Shamanic Night
2 – Blitzkrieg Attack
3 – Guts for Dinner (Fatal Cover)
4 – Flame of the Thousand Years (Live)

Nocturnal (Promo 2017) melalui proses rakaman di Kajang (tidak dinyatakan infomasi berkenaan studio rakaman) sekitar February sehingga April 2017. Kesemua lagu dihasilkan oleh Succubus kecuali Guts for Dinner iaitu track saduran dari Fatal yang diambil dari demo Soulburn 1989.

Track pertama berjudul Shamanic Night, tidak memberi sebarang peluang untuk bernafas. Serangan bertubi-tubi dari awal track dengan riffing2 Old Skool Thrash Metal yang kejam dan pantas. Zakhyr diposisi drum ternyata bertungkus lumus sehabis mungkin dengan attack drum nya. Tiada ruang diberikan. Rancak, keras dan keras. Ngauman N.Faza ternyata mengerikan!

Blitzkrieg Attack masih mengekalkan kelajuan, kegilaan dan kerancakkan seperti track pertama. Masuk track kedua, ternyata music Sucubbus lebih gila dari apa yang mereka lakukan didalam EP terdahulu. Seakan perasaan melepas geram dari setiap line up.

Track saduran dari Fatal (band dari Detroit Michigan USA yang telah berpecah) yang terus terang gua pertama kali tau pasal band ni hahaha, bertajuk Guts for Dinner tetap rancak dan mungkin ianya dibawa dengan cara dan ramuan Succubus. Masih dalam kegilaan seperti 2 track awal.

Track ke empat bertajuk Flame of the Thousand Years adalah track yang dirakam secara live (boleh jadi live studio recording) dimana ini merupakan track kedua dari EP Descend unto Gehenna. Tidak banyak yang boleh dikatakan berkenaan track ini kecuali ianya menunjukkan Succubus mampu memainkan track ini dengan baik sekali secara live.

Ok, apa yang boleh gua katakan Nocturnal adalah sesuatu yang mampu membuatkan penganut Deathrash menjadi gila dan pasti tidak sabar menanti album sulung dari Succubus yang akan menyusul selepas ini. Ini adalah promosi yang sangat bagus dari Succubus yang mana pasti album akan datang menjadi buruan maniac dan mampu melonjak bilangan jualan album yang akan muncul nanti. Dua track baru Shamanic Night dan Blitzkrieg Attack benar2 menggila, kencang dan rancak! Seperti yang gua katakan tadi ianya seakan line up Succubus melepas geram dalam penulisan material2 baru mereka. Insane!!!!!

Dari segi sound produksi, ini bukan rakaman yang 100% bersih tetapi ingin gua nyatakan ada kebarangkalian jika rakaman dengan sound produksi yang bright, sound dan konsep serta music direction Succubus akan tenggelam dan ianya tidak akan menggila sebegini rupa. So, jangan harap sound melantun2 dan bersih seperti album2 modern metal. Pada gua, ini sudah memadai dengan setiap instruments dapat didengar dan seimbang.

Nocturnal boleh diperolehi dengan harga RM15 by hand dengan berhubung dengan Gedebe Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Ok, tak percaya lagu baru Succubus ni gila babi? Bawah ni ada preview song seketol.. Sila layan!

Succubus – Shamanic Night

Succubus
Email
Facebook

Gedebe Rekords
Email
Facebook

2 thoughts on “Succubus – Nocturnal (Promo 2017)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected