Nunslaughter – Red is the Color of Ripping Death [Full Length, 2021]

0

Nunslaughter, sebuah band genre yang membawak tersendiri Devil Metal yang cukup dikenali di kalangan follower scene Black/Death Metal kembali dengan keluaran terbaru bertajuk “Red is the Color of Ripping Death” melalui Hells Headbangers. Rakus dengan riffing tajam Boss HM2, lirik mereka confirm jahat-jahat luar dalam. Track pertama Murmur lagi dah buat dahi berpeluh dengan intensity  dan secara total 14 lagu yang direkod dengan baik dan clear. Old school, groovy dan tak serabut, senang nak hadam lagu dari mereka. Headbanger tegar yang belum pernah dengar lagu-lagu Nunslaughter patut consider dengar apatah lagi dengan riffing chainsaw, bassline yang tebal ditambah lagi dengan drum stroke buas drummer baru mereka.

Nunslaughter juga menyatakan ini adalah album tribute late drummer mereka Jim Sadist yang telah meninggal dunia. To be honest ini adalah release terbaik Nunslaughter berbanding sebelum ini yang lebih Lo-Fi dan raw. Clarity dalam kegilaan music bawaan Nunslaughter , aku percaya akan ada ramai fan baru mereka melalui rilisan ini. 

Favourite track – Beware of God. Ada mood melankolik dan amarah yang tak terkawal membuat track ini berperisa lebih. Aku suka track menyalahkan takdir macam ni haha. Overall aku boleh bagi 8/10 rating bagi full length macam ni. Effort + Composition + Recording death metal yang patut dijadikan benchmark band Old School lain.

Red is the Color of Ripping Death kini terdapat dalam format CD, kaset dan muat turun digital.

FFO : Benediction, Sarcofago, Hellhammer, Venom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected