Nakaratul Khaum – Agothoa of Sakara’s Sides (Reissue 2017)
Ini adalah sebuah produk reissue yang tidak melalui sebarang proses editing dari segi mix atau mastering. Ia dikekalkan seperti mana produk asal yang release pada awal 1994. Nakaratul Khaum yang berasal dari Batu Gajah, Perak adalah sebuah band yang membawa genre Black Metal. Mengambil konsep “Mysterious Black Metal”, demo tape bertajuk Agothoa of Sakara’s Sides ini boleh dianggap bagus dari segi sound produksi (untuk status demo 90an) kerana instruments yang dimainkan boleh didengar dengan jelas dan tidak lah keterlaluan “rabak” nya.. Nakaratul Khaum di anggotai oleh Lan Azimuth (Drums), Borg Sakaraka Xul (Vocals), Lord Ismuth (Guitars).
Rata2 sepanjang mendengar demo ini (gua tak sempat beli dan memiliki demo tape ini zaman dulu sebab masih sekolah..haha – ED) gua rasa sikit impress sebab Nakaratul Khaum agak berani menghasilkan material2 yang berdurasi panjang sekitar 6 sehingga 8 minit). Juga kualiti rakaman yang tidak rabak teruk dan masih boleh difahami dan dihadam apa yang dimainkan mereka. Juga gua nampak mereka agak advance dari segi olahan lagu dan penyampaian vocal yang sudah berani menghasilkan efek bunyi untuk part vocal selain jeritan yang original.
Jika disebut pengaruh yang mungkin diambil mereka adalah agak sukar dinyatakan. Mungkin tempias demam Rotting Christ ketika itu turut terkena dalam idea dan komposisi lagu2 mereka. Music Nakaratul Khaum ada kala nya bermelodi, punya flow tempo rancak dan perlahan. Ini sesuai dengan durasi lagu2 mereka yang panjang.
Ok, demo tape ini telah di reissue oleh Afterlife Productions dan boleh dibeli dengan harga RM12 byhand atau RM20 by postage. Ia nya dikeluarkan hanya dalam format limited tape sebanyak 300 unit. Jika anda mahu mendengar demotape yang punya mutu bunyi yang tidak mengecewakan, gua sarankan sila hubungi Afterlife Productions sebelum reissue demotape ini habis. Ini produk yang gua recommended untuk penggemar Black Metal lama.
Afterlife Productions
Email
Official Website
Facebook