Mordian – Gethsemane [Single, 2022]

0

Saya mempunyai soft spot untuk Nightwish, tak kiralah dari era apa pun. Jadi saya agak cerewet bila mendengar band atau artis yang berinspirasikan Nightwish. Dalam kebanyakan senario, mereka ini gagal live up to the expectation. Tak kiralah sama ada cuba mempunyai sound seperti Nightwish atau sekadar cover lagu. Namun artis Gothic solo bernama Mordian dari AS ini membuat saya tergamam dengan single terbarunya yang merupakan cover song Nightwish berjudul ‘Gethsemane’.

Saya menganggap era album Oceanborn sebagai antara fasa Nightwish yang paling bombastik dan teknikal. Keberanian Mordian untuk membawakan ‘Gethsemane’ iaitu salah satu trek terkuat dalam album ini harus dipuji. ‘Gethsemane’ memerlukan pembawaan vokal yang mantap (dan multi-layered semestinya) selain permainan instruments yang bukan calang-calang. Dengarkan saja bagaimana trek ini yang dimainkan oleh Matt Motto yang stayed true to the original version. Memang sebijik macam original version tanpa ambil shortcut langsung. Kembali kepada vokal Mordian, vokalnya yang ethereal, epic dan lemak berkrim tetapi strong sepanjang lagu membuatkan lagu ini saling tak tumpah seperti Tarja Turunen di zaman mudanya. Semestinya ada slight difference (dan ditambah sedikit personal touch olehnya) namun overall ini adalah seperti salinan yang faithful to the source dan saya sangat gembira mendengar single ini yang over the top, epic dan menaikkan bulu roma. Saya tidak pasti Mordian sama ada memainkan muzik Metal exclusively, namun semestinya takde masalah kalau nak membalun trek Symphonic Metal seperti ini di masa akan datang. Pergi sokong Mordian hari ini!

Gethsemane kini terdapat dalam format digital streaming.

FFO: Nightwish, Tristania, Epica, Theatre of Tragedy, After Forever

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected