Lurking – Self-Induced Hysteria [EP, 2022]

0

Ini adalah EP yang sangat pendek daripada band Old School Death Metal dari Belgium/Russia yang bernama Lurking. EP yang berjudul Self-Induced Hysteria yang diterbitkan melalui Everlasting Spew Records  ini sekadar menghidangkan 2 trek namun cukup cemerlang digarap.

Mendengar trek pertama ‘Visions of Certain Death’ je dah buat saya excited. Tone gitar yang crisp dan garang memberi indication yang EP ini memang sedap dilayan. Saya boleh katakan tarikan utama Lurking adalah permainan gitarnya yang tebal namun kemas dimainkan. Solo gitar yang bermelodik lagi berlipat dalam trek ini membuat saya sedikit ternganga. Sedap betul! 

Saya juga tidak menafikan permainan dram yang kemas dan vokal yang menderam rendah turut menyumbang kepada feel jahat trek ini. Setiap aspek dalam EP ini screams old-school and I’m loving it. Trek kedua pun boleh tahan hebatnya, cuma kurang garang berbanding yang pertama. Saya fikir Self-Induced Hysteria as a whole, walaupun terlalu pendek untuk dinilai, sebenarnya menggambarkan keupayaan Lurking untuk menambat pendengar pertama kali seperti saya. All you need is a good songwriting and execute it nicely. Tak perlu gimik merapu, hanya straight to the point. Jujurnya, saya tak sabar tunggu keluaran akan datang mereka!

Self-Induced Hysteria kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Vader, Skeletal Remains, Malevolent Creation, Gorefest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected