Moonworshipper – 13 Fullmoon Nights of Loneliness [Full Length, 2020]

0

Saya diberitahu untuk approach album ini dengan berhati-hati kerana content yang dihidangkan boleh jadi tak diduga. I can see why. Satu terbitan, satu trek sahaja dengan duration 24 minit. Ini kalau tak Doom Metal, silap-silap jadi Noise Drone. Namun saya dengarkan jugalah, walaupun hati gelisah.

Moonworshipper merupakan unit Avantgarde Metal dari Perancis yang genre bending menawarkan lo-fi Black Metal, Trip Hop, Soundtrack, Pop dan entah apa-apa lagi. 13 Fullmoon Nights of Loneliness diterbitkan melalui Hypnotic Dirge Records. Terbitan ini sebenarnya membuat saya mempersoal selera muzik saya selama ini. Elemen yang berlainan spektrum bagaikan dicampak, digaul dan dilambung bersama membuatkannya seperti Frankestein muzik. Oddly put together but somehow works. Geram jugak la fikirkan sama ada mereka ini genius atau gila.

Bayangkan dengan tone gitar yang tebal dan doomy, diiringi vokal terlolong gaya Depressive Black Metal, bersalut pula dengan vokal dreamy mysterious gaya Lana Del Raya dan Chealse Wolfe, ada pulak stail drumming dan piano seakan Dark Jazz menyelit sekali-sekala. I’m not even complaining dengan percubaan mereka merojakkan pelbagai gaya, malah ia terasa segar dan buat saya tersengih keseorangan. It freaking works, saya langsung tak sedar 24 minit berlalu begitu sahaja. Saya menyukai dinamik loud, quite, calm, loud again yang digunakan dalam album ini yang memberi sense yang terbitan ini bagaikan mencerita fikiran seseorang sedang berjalan in real time. You know, like a stream of consciousness? Kejap baran, kejap tenang, kejap termenung, ha begitulah. 

Dengan idea dan approach yang saya fikir non-standard tapi membangkit curiosity, saya tidak berapa peduli tentang kualiti rakaman yang could have been better. Mungkin tone gitar sengaja dibuat thick dan pecah. Mungkin vokal wanita sengaja diproses seperti dreamy. It works, most importantly. Ia menarik, jika anda sudi spend some time understanding the flow. 

13 Fullmoon Nights of Loneliness kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Shining, Lana Del Rey, Bohren und der Club of Gore, Ulver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected