Mortis Mutilati – The Fate of Flight 800 [Full Length, 2020]
Band Black Metal Perancis ini baharu saja mengeluarkan album kelimanya yang berjudul The Fate of Flight 800. Album berkonsep ini menceritakan tentang insiden penerbangan TWA 800 yang meletup dan terhempas di perairan AS pada tahun 1996.
Berbanding dengan terbitan standard Black Metal yang berkisar tentang kejahatan dan anti agama, Mortis Mutilati lebih gemar meromantikkan kematian dan pengebumian. Huh, okey, pelik. Justeru, berbanding sound standard Black Metal yang laju, screechy dan kering, album ini nampaknya lebih berfokus kepada rasa suram, depressive dan sedih menjadikan (saya rasa) terarah kepada Black Metal yang depressive, dark dan bermelodik. Feel yang kecewa dan somber terasa begitu cantik digabungkan dalam setiap trek dihidangkan, membuatkan saya terfikir apa sebenarnya terjadi kepada penerbangan TWA 800?
The Fate of Flight 800 terasa padat dan well thought, bererti ia bukanlah terbitan Black Metal yang dimensional (faham-faham saja, ada band yang kejar sound kvlt & grim berbanding nak buat album yang well thought). Ini boleh didengar melalui arrangementnya yang kepada build-up mood, gitar elektrik yang bermelodi, vokal wanita, dan feel yang terseksa selain kemunculan gitar akustik dan piano di sana-sini. Semuanya sedaya-upaya cuba disusun sebaik mungkin. Adakah ini compromise sound Black Metal yang dihidangkan? Tidak, ia masih tetap garang dengan tempo yang meribut, teriakan yang menikam jiwa dan permainan yang takde teragak. Oh, dan ada masanya bass jadi audible! Memandangkan ia adalah album berkonsep, saya dapat merasakan dinamik album yang terasa hidup, naik atau turun dan paling penting, membuat saya terus mendengar instead of skipping!
The Fate of Flight 800 kini terdapat dalam format CD.
FFO: Svart, Thy Light, Mgla