Mirthquell – Return of the Ancients [Full Length, 2021]

0

Rasanya di Malaysia tidak ramai yang menyebut dan berbincang tentang genre Dungeon Synth, apatah lagi menulis tentangnya. Beberapa tahun kebelakangan ini saya mula berjinak-jinak untuk mendengar terbitan Dungeon Synth (selama ni hanya tahu Mortiis aje). Yang terbaru adalah Mirthquell yang berasal dari AS dengan albumnya ‘Return of the Ancients’ yang diterbitkan melalui Northern Silence Productions.

Saya tak pasti sama ada ini adalah kecenderungan saya atau tidak, saya mendapati kebanyakan material Dungeon Synth mempunyai feel dan vibe yang primitive dari segi sound, seakan-akan menggambarkan suasana medieval dan setting cerita fantasy. Ini diterjemahkan melalui sound synth yang glorious namun sedikit kuno seperti permainan game era lewat 80-an/awal 90-an. Ia mempunyai feel melankolik, dark dan mysterious sebagaimana material medieval selalu digambarkan. Mirthquell membawakan sound sebegini berbanding Mortiis yang lebih moden. Pada saya comparison terdekat adalah Burzum era penjara dan Forlorn Citadel yang sedikit MIDI namun masih mempunyai feel yang gah. Macam terbitan Dungeon Synth yang lain, feel yang dark dan brooding dalam ‘Return of the Ancients mempunyai parallel dengan genre Black Metal, menjadikannya senang termasuk kategori muzik ini kalau dijadikan intro dan outro album, tapi itu cerita lainlah.

Saya menyukai Mirthquell yang membawakan sound Dungeon Synth yang sedikit kuno, menjadikan terbitan ini berbunyi old school dan simplistic (sebenarnya tidak) dalam memandu perjalanan sonic mereka. Sebenarnya saya membayangkan soundtrack kepada game seperti Diablo dan Lord of the Rings memainkan lagu-lagu daripada Return of the Ancients. Pendengar kali pertama mungkin merasakan stail sebegini seakan nerdy dan ketinggalan, but that’s part of the charm. Sesuai untuk didengar sewaktu level up dalam game atau sedap menggolek dadu dalam table top game (saya bayangkan Warhammer). Ini mungkin genre yang unfamiliar untuk kebanyakan kiat di Malaysia, namun it’s fun to listen something different once in a while.

Return of the Ancients kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Depressive Silence, Solanum, Mournlord, Burzum, Forlorn Citadel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected