Meridian Dawn – Pagan Poetry [EP, 2021]

0

Band Melodic Death Metal dengan keanggotaan pelbagai negara telah kembali dengan EP terkini berjudul Pagan Poetry melalui Seeing Red Records. EP yang menampilkan lagu-lagu cover daripada Björk, Katatonia, dan King Diamond serta turut menyelitkan 2 trek original Meridian Dawn.

Dengan title yang obviously merujuk kepada lagu ikonik Björk dan cover artwork yang paying homage kepada gambar album debut Björk yang bernama ‘Debut’ (literally!), saya terus saja terus tertarik dengan hidangan mereka ini. Trek Pagan Poetry yang diberi treatment Melodic Death Metal berkiblatkan In Flames era awal, Insomnium dan Eternal Tears of Sorrow cukup padu menterjemahkan dengan gaya mereka yang chunky dan semestinya bersimpang-siur melodi yang hebat. Tidaklah original, namun sedap dilayan. Satu lagi lagu cover Dissolving Bonds daripada Katatonia cukup masyuk dinikmati. Versi original pun dah cukup beremosi, kini dicover dengan kehebatan one-up; sentuhan symphonic dan Melodic Death Metal yang sayu di samping clean vocals yang indah. Lain-lain trek juga tak kurang hebatnya. 

Kekuatan Meridian Dawn adalah kemampuan mereka untuk craft riffs yang highly melodic dan menusuk jiwa. Selain itu permainan yang tight dan overall sound yang solid menjadikan beberapa trek dalam EP ni (despite being cover songs) highly memorable. Jadi kalau anda kaki Melodic Death Metal, confirm tangkap lentok tanpa banyak soal. Kadang-kadang lagu-lagu pun syok dilayan jika berani diubah arrangement dan stail, seperti yang dibuat Meridian Dawn ini. 

Pagan Poetry kini terdapat dalam format streaming digital.

FFO: In Flames, Insomnium, Eternal Tears of Sorrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected