Magnitizdat – Catastrophecy (EP2018)

0

Sekitar 2014 dahulu, Magnitizdat sebuah band dari Pulau Pinang yang memperjuangkan irama Grindcore ini, telah menghasilkan sebuah material bertajuk Prisoner Of Conscience (EP2014). Dengan beberapa perubahan line up, terkini Magnitizdat menghasilkan sebuah material terbaru yang diberi tajuk Catastrophecy (EP2018) dan ianya baru sahaja dikeluarkan secara indiependent oleh band ini sendiri.

Sharma (Bass), Popi (Scream), Martz (Guitars), Fahmi (Drums), Keon (Growl)
Artwork oleh Yildrim
Tracklist :
1 – Ignorant Greed Epidemic
2 – Anti Sympathy
3 – Fall of the Repression
4 – Wicked fart
5 – Doomsday Fucked Up
6 – Dammit Legislation
7 – Fastlane Asshole
8 – Infant Torture
9 – Kekamjatan Berpidana

Catastrophecy (EP2018) melalui proses rakaman secara live di Dusthome Studio, Seberang Jaya Pulau Pinang. Rakaman ini diselenggara sepenuhnya dari proses rakaman, mix dan mastering oleh Blackbeard dari Dusthome Studio.

EP dengan total durasi 14 minit yang mengandungi rata2 track berdurasi seminit lebih ini boleh dianggap sebagai produk dengan music yang rancak. Grindcore yang punya groove dan blastbeat yang gila. Pekikan berselang seli growl dan scream dari dua vocalist menambah perisa music berdurasi pendek mereka menjadikan ianya tidak kosong.

Dari segi sound produksi, Catastrophecy (EP2018) boleh dibanggakan untuk hasil rakaman secara live. Setiap instruments kedengaran dengan jelas dan masih jelas keseimbangan dari mixing yang baik. Ini bukan produk yang raw sebaliknya kualiti bunyi masih dijaga rapi walaupun ini produk untuk genre Grindcore!

Catastrophecy (EP2018) didatangkan dalam format pro pressing beserta poket CD. Dapatkan dengan harga RM10 by hand atau RM15 by postage. Hubungi Magnitizdat melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Magnitizdat
Email
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected