Leandrul – Versions [EP, 2022]

0

Artis solo AS, Leandrul baharu saja mengeluarkan EP outtakes/remix ‘Versions’ yang diambil daripada album Psychosis Dreams. Buat yang tak pernah mendengar material beliau, Leandrul memainkan stail Dark/Folk/Experimental dan untuk EP yang masih dikeluarkan melalui Handsmade ini nampaknya lebih terarah kepada sentuhan Electronica.

Saya sedikit teruja mendengar EP ini memandangkan kebanyakannya pernah keluar dalam album Psychosis Dreams tetapi somehow sounded even better than the original. Terasa lebih bertekstur, beremosi dan mengusik jiwa. Seakan Leandrul pada satu hari mendengar balik Psychosis Dreams dan fikir ‘eh macam boleh perbaiki lagi ni’ kemudian terus masuk studio balik bikin remix yang nyata lebih electronic-heavy. Dalam Versions, trek-trek daripada Psychosis Dreams dibikin berbunyi dreamy dan hopeful namun masih mengekalkan feel jiwa kacau sipi-sipi saja. Manakala trek ILUV merupakan trek yang tidak dimasukkan ke dalam album sebelum ini memberikan feel dance electronic yang mysterious dan hazy. Kira okay namun saya lebih menyukai reworking tracks daripada Psychosis Dreams, haha. 

Versions merupakan a different take daripada Leandrul dan bukanlah buah tangan yang baru daripadanya. Saya tak tahu sama ada beliau sedang working on something tapi ini pun kira okaylah untuk saya layan. Rileks saja.

Versions kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Grimes, Austra, Nine Inch Nails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected