Kuchalana – The Input For An Output (EP 2005)

0

Kuchalana, band dari negeri pantai timur semenanjung ini gua tau masa nampak tape nya dikedai2 kaset. Pernah memiliki dan hilang entah kemana dan terbaru gua dapat CD nya. Hahaha.. Ok, pada gua Kuchalana sebuah band yang unik dan perlu dikenali kerana music nya. The Input For An Output (EP 2005) merupakan antara material yang dihadiahkan kepada pendengar yang sebelum itu hanya sekadar menyaksikan sahaja persembahan band ini (gua pernah tengok sekali kat Bukit Bintang). Dinyatakan dilaman facebook, genre yang dibawa mereka ialah psychedublic. Untuk EP ini Kuchalana dianggotai oleh Yush (Rhytm guitar/vocals), Masrur (Lead guitar), Hazlan (Bass), Mahfuz (Drum/percussion) dan Azman (Vocalist).

 Artwork oleh Azman
Tracklist :
1 – Singin’ Songs (Part 1)
2 – Brand Not Product (In Dub)
3 – Let’s Live!
4 – Keroncong Bisu
5 – The Fall
6 – Silent Stare
7 – Singin’ Songs (Part 2)

The Input For An Output (EP 2005) melalui proses rakaman di BMW Studio sekitar 2004 sehingga awal 2005. Bakri bertindak sebagai sound engineer bagi rakaman ini. Proses mixing dan mastering dilakukan oleh Bakri, Jadam dan Kuchalana. Hanya untuk track kedua, ianya melalui proses rakaman di Monkeyroom Studio dan Jijoe, Tam dan Kuchalana bertindak dalam hal engineering. Azmir Karim dan Bakri sebagai juruadun.

Singin’ Songs (Part 1) ni bila gua dengar ada pulak mood nya macam Plague of Happiness. Hahaha.. Cuma ianya menggabungkan elemen reggae dan rentak ska yang rancak. Sesuai dibawa untuk persembahan live untuk crowd menari2. Haha..

Brand Not Product (In Dub) masih kuat pengaruh reggaenya pada awal lagu. Hanya cuma apabila riffing berdistortion dimainkan ianya kedengaran sedikit heavy.

Let’s Live! pula agak rancak bermula dari awal lagi. Sebuah lagu yang rancak dan juga sesuai dimainkan ketika live.

Keroncong Bisu merupakan instrumental berentak reggae berdurasi 3 minit lebih. Mungkin menarik jika diselitkan vocal untuk track ini, tapi jika masuk vocal makan x jadilah Keroncong Bisu. Haha

Kuchalana – The Fall


The Fall mungkin antara track yang paling rancak untuk beronggeng jika dibawa secara live.Tapi gua ada sikit x puas hati sebab lagu ni pendek.

Kuchalana – Silent Stare


Silent Stare ni lagu yang paling santai. Dengan alunan irama lembap reggae nya memang rasa sikit2 macam tengah bercanda di pantai. Vocal nya pun penuh. Best!

Singin’ Songs (Part 2) ni macam kesinambungan kepada track pertama. nama pun Part 2. Lebih panjang durasinya tapi kali ini tanpa gitar berdistortion. Agak meleret2 sedikit sehingga penghujung track.

Dari segi sound produksi mungkin sepatutnya EP ini boleh diupgrade lagi mutu bunyian yang dihasilkan. Gua perasan level bass gitar nya agak tinggi berbanding instrument lain. Sound gitar juga sedikit buzzing namun masih terkawal. Secara keseluruhannya, EP ini masih berada dalam tahapnya tersendiri dan selaku pendengar gua masih boleh memahami halatuju dan konsep Kuchalana menerusi EP ini.

Akhir kata, gua harap Kuchalana akan tampil semula dengan material terbaru (gua harap ada la line up Kuchalana yang terbaca apa gua tulis ni) dan mutu rakaman yang boleh di banggakan.  Sebab pada gua Kuchalana ni band yang bagus dan ramai lagi sepatutnya mereka2 diluar sana yang harus kenal dan mendengar Kuchalana.

Ok, gua x pasti lu orang boleh dapat lagi atau tidak kaset atau CD EP ini. So, kalau jumpa sila sebat sebelum orang lain tinggalkan habuk untuk lu. Hahaha.

Email
Blogspot
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected