Weot Skam – Six-Pack Tsunami Attack!!! (2013)

0

Weot Skam merupakan sebuah band yang gua sendiri tak berapa follow sejak bila mereka bermula. hahahah.. Gua mengenali Weot Skam melalui Split tape bersama Common Enemy pada 2006 dan juga Breaking EP pada 2009. Kemudian gua cuba dengar lagi 4 way split yang melibatkan mereka bersama band2 seperti Everybody’s Enemy (JP), Snakepit (CAN) & Hateful Monday (Switzerland) menerusi sebuah CD bertajuk Rocky vs Rambo (Tribute to Sylvester Stallone) yang rilis pada 2011.
Mengambil tenaga dari nasi kandar, band yang melabelkan music mereka sebagai Skatepunk ini muncul dengan sebuah album penuh bertajuk Six-Pack Tsunami Attack!!! yang dipasarkan pada penghujung 2013 dahulu. Pada gua Weot Skam adalah sebuah band yang punya pengaruh Punk+Hardcore+Thrash+Fastcore didalam lagu2 mereka.

Dzul Scum (Vocal)
Edd13 (Guitar)
Don Monkey Motherfucker (Guitar)
XleonX (Bass)
Min Champloo / Azrul (Drum)
* Sam Ah Keat (Drummer – 2014)


Six-Pack Tsunami Attack!!! menjalani proses rakaman di Soundmaker Studio, Pulau Pinang. Proses adunan turut dilakukan disini oleh Cole Yew. Segala proses rakaman ini melalui fasa yang panjang iaitu setahun sekitar February 2012 sehingga February 2013. Album penuh ini dikeluarkan oleh Kandar Mosh Distro dan Pissed Off Records.

 Cover artwork oleh Adam Geyer

Booklet oleh Dzul Scum
Layout oleh Marco dan Dzul

Tracklist :

1 – What’s The Cost of Happiness
2 – Masih Liar
3 – Ignorance Is Bliss
4 – Kawan Tetap Kawan
5 – Can’t Tie This Down
6 – Leap of Faith
7 – Berhenti Bermimpi
8 – I Rather Watch Kung-Fu Movies Than Edisi Siasat
9 – Kamjat
10 – Liberal Conservatism
11 – Mat Rempit Hijack


Kali ini, gua hanya akan memilih 5 track terbaek yang betul2 menangkap telinga gua yang agak cerewet ini. Kahkahkah..

Kawan Tetap Kawan merupakan track yang pernah ada didalam Breaking EP 2009. Masih mengekalkan mood yang sama pada gua track ini agak catchy dengan riffing dan hook yang sempoi. Dzul nampak bersungguh2 dalam nyanyiannya dan lirik lagu ini memang best!

Berhenti Bermimpi walaupun bermula dengan sedikit rilek namun apabila bertukar tempo lebih pantas, gua pasti track ini boleh bikin runtuh stage jika dibawa secara live! haha.. Shout beramai2 jugak agak nice disitu!

I Rather Watch Kung-Fu Movies Than Edisi Siasat ni gua pernah dengar kalau x silap dalam split CD Rocky vs Rambo. Menggunakan intro sound sample sebelum serangan pantas diterjah terus oleh Weot Skam. Sebuah lagu menarik dan tak kurang juga liriknya. Hahaha..

Kamjat dimulakan dengan sample sound perbualan dari filem Rock, tanpa sebarang tanda tempo pantas dilagukan tanpa memberi sebarang ruang. Kamjat adalah bahasa utara yang lebih spesifik kepada Pulau Pinang lebih bermaksud orang yang tak boleh pakai. Hahaha.

Ok, Mat Rempit Hijack juga menarik diperkatakan. Fast song yang gua rasa paling gerek sekali dalam album ini. Sesuai sekali diletakkan sebagai track penutup. Memang gempak dan cukup padu!

Secara keseluruhan gua beranggapan Weot Skam adalah antara band yang berani menghasilkan produk dengan sound produksi yang profesional dan bersih. Six-Pack Tsunami Attack!!! adalah jawapan terbaek mereka setelah berusia 10 tahun dalam kancah hardcore punk tanahair. Pakej CD yang juga profesional, mutu bunyi yang baek adalah antara kekuatan album ini walaupun ada beberapa lagu lama yang dikitar semula dengan mutu bunyi yang lebih baek. Seperkara yang gua perasan sequence lagu yang disusun berselang seli antara berbahasa Melayu dan Inggeris adalah sesuatu yang membuatkan pendengar (gua lah, lu orang gua xtau lah..) akan menanti dan mendengar satu persatu track yang diputarkan.


Ok, Six-Pack Tsunami Attack!!! boleh diperolehi dengan pembelian pada harga RM10 by hand dan RM16 by postage. Hubungi Kandar Mosh Distro atau Pissed Off Record melalui link yang disediakan dibawah video live ini.

Weot Skam – Leap of Faith (Live Sungai Petani Kedah)


Weot Skam
Email
Facebook
Myspace
Bandcamp

Kandar Mosh Distro
Facebook

Pissed Off Records
Blogspot
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected