Suffocation (Pre-Suffercation) – Nightmare In Red (Demo 1990) – Rereleased 2014

0

Terus terang ketika Suffercation menghasilkan ini, gua masih dibuai irama rock yang menujah setiap corong radio dan kaset2 yang dijual di toko2 music atau pun pasar malam. Haha. Band yang berpengkalan di Kelantan ini mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita2 bermain music. Merupakan antara band2 tempatan terawal menghasilkan demo tape. Ok, berbalik kepada penerbitan semula demo tape bertajuk Nightmare In Red ini oleh sebuah label bawahtanah tempatan iaitu Afterlife Productions. Sesuatu yang menarik diperkatakan ialah ini ialah demo tape yang menyaksikan 4 orang line up asal Suffercation ketika masih menggunakan nama Suffocation.

 Dee Sanadi – Lead, Rhythm, Vocals

Rob Razak – Lead, Rhythm
Tom Decibel – Bass
Ly Razak – Drum
* kredit imej kepada Afterlife Production

Tracklist :
1 – Nightmare In Red
2 – The Remains
3 – Posthumous
4 – Suffocation
5 – Through The Darkness

Nightmare In Red adalah rakaman demotape pertama berkonsep Death Metal di Malaysia. Menggunakan khidmat Mon dan bertempat di Amerah Studio, demotape ini berjaya dirakam dengan menggunakan kaedah live rekoding.

Ok, gua xmau nak review satu persatu lagu. Cuma gua nak nyatakan kepada mereka2 yang pernah mendengar karya2 Suffercation, didalam demotape ini terselit 2 buah lagu yang merupakan versi asal iaitu track bertajuk Suffocation (klik SINI untuk preview) yang dimuatkan didalam album In Sufferance (1996) serta Through the Darkness (klik SINI untuk preview) yang dimuatkan pula didalam album Cryptic Existence (1992).

Penghasilan semula demotape ini pada gua seakan mengimbau semula sejarah gemilang Suffercation pada era awal. Ini boleh gua katakan berdasarkan mutu bunyi yang masih dikekalkan walaupun agak sebu (mungkin tidak mengalami proses re-mastered) sama seperti demo2 tape yang dikeluarkan pada zaman itu. Walaupun tahap keseimbangan terpaksa diketepikan kerana pada gua vocal agak terkedepan (dah macam demo Rator – Evil Symphony) namun dinyatakan Nightmare In Red adalah rakaman secara live.

Seperkara lagi yang membuatkan demotape ini istimewa adalah pada cover sleeve nya yang dimuatkan temubual terbaru owner Afterlife Production bersama Rob Razak yang dilakukan pada 2014. Pelbagai soalan dan jawapan menarik terutama soalan yang menyentuh zaman demo tersebut dihasilkan. Juga tak lupa gambar nostalgia line up asal Suffercation di era Suffocation.

Ok, pengeluaran semula demotape ini hanya terhad kepada 300 unit sahaja. Sila hubungi Afterlife Productions (link disediakan dibawah) untuk proses pembelian. Grab cepat sebelum kehabisan!

Suffercation
Facebook

Afterlife Productions
Email
Website

* image of Suffercation old line up credit to Afterlife Productions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected