Iron Bird – Into The Evil (EP2018)
Setelah muncul secara tiba2 dengan Heavy Metal Evil (Demo 2016), band yang melabelkan music bawaan mereka sebagai “New Wave of Malaysian Heavy Metal” ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak berpaling tadah sebaliknya kekal dengan konsep heavy metal yang gah untuk era 80s dahulu. Dengan penyertaan di gig2 serata tanahair, ia sedikit sebanyak berjaya mempromosikan jenama Ironbird, music ciptaan mereka, product yang boleh dikira sold-out juga merchandise yang dihasilkan. Terkini Ironbird muncul dengan buah tangan terbaru berjudul Into The Evil (EP2018) di bawah label Evil Attack Records pada 21 May 2018.
Tracklist :
1 – Black Leather Soldiers
2 – Iron Bird
3 – Into The Evil
4 – Malaysian Iron Steel
5 – Heavy Metal Evil
Into The Evil (EP2018) melalui proses rakaman di Metalhead Pot, Kajang Selangor antara November sehingga December 2017. Proses mix dan mastering dilakukan oleh A.P Filthgrindz di Filthgrindworks Studio pada December 2017.
Pada anggapan gua, Into The Evil (EP2018) adalah satu progress yang jauh berbeza dari apa yang telah dilakukan 2 tahun lalu melalui demo Heavy Metal Evil. Jika dibandingkan dengan EP terkini ini, jelas menampakkan Ironbird tidak mahu lagi berselindung dan tidak lagi malu2 seperti apa yang gua rasakan melalui demo pertama dahulu. Kali ini Ironbird telah “lepas” kan apa yang ada dalam bentuk karya dan produk ini. Walaupun memuatkan track Heavy Metal Evil yang turut terkandung didalam demo terdahulu, 4 lagu terbaru adalah jauh berbeza, advance dan komposisi yang lebih rancak, permainan yang pantas, lebih elemen old skool untuk katogeri “Speed Metal” hingga kepada harmoni guitar serta solo2 gitar yang lebih gila. Setiap line up memberikan yang terbaek untuk release ini dan ternyata ianya sesuatu yang berbaloi untuk pendengar dan kemungkinan besar Ironbird sendiri boleh tersenyum dengan hasil akhir Into The Evil (EP2018). Ok, sebelum terlupa, mungkin perlu gua beritahu lagu2 didalam EP ini punya pengaruh Heavy Speed Metal seperti Hammerfall, Venom, Judas Priest dan kalau local band mungkin Teras.
Dari segi sound produksi, EP ini boleh dipuji kerana mutu bunyi yang jauh lebih bagus berbanding demo terdahulu. Kudos kepada A.P Filthgrindz yang bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering EP ini. Ianya kedengaran jelas, bersih dan menitikberatkan kombinasi sound old skool dan konsep music Ironbird itu sendiri. Sound lebih bright, seimbang dan rasanya CD ini boleh di angkat dan dijual luar negara untuk memertabatkan nama music Metal Malaysia di mata dunia.
Untuk memilih best track mungkin agak sukar kerana kesemua track punya keistimewaan nya tersendiri. Rancak, bertenaga dan jiwa Heavy Metal jelas untuk setiap tracks.
Into The Evil (EP2018) boleh diperolehi dengan harga RM20 byhand untuk format pro-printed CD beserta 8 pages booklet. CD ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang limited iaitu 500 unit sahaja. Peringatan dari kami, produk dari ironbird untuk demo sold-out dalam masa beberapa hari sahaja untuk CD, seminggu untuk first press cassette/tape dan terpaksa diulangcetak untuk format tape. So, 500 unit CD ini ada harapan akan sold-out juga jika diambil kebarangkalian sold-out demo mereka dahulu. Sila bertindak pantas sebelum ianya hanya tinggal habuk dan debu..