Agathos – Nihil Est (EP2018)

0

Agathos adalah sebuah band beraliran Black Metal dari Valencia, Sepanyol. Ditubuhkan sekitar 2017, Nihil Est (EP2018) adalah produk rasmi mereka yang released pada 18 May 2018 dimana ianya dikeluarkan secara indiependent oleh Agathos sendiri.

Ed Hellshaw (Bass), Voor (Drums), Beot (Guitars), Siles (Vocals/Guitars)

Tracklist :

1 – Void
2 – Nihil
3 – Pale
4 – Revelations
5 – Thanatos

5 buah tracks fengan total durasi menghampiri 28 minit, ternyata membuktikan Agathos punya kekuatan tersendiri walaupun gua beranggapan Mgla adalah pengaruh terdekat dari segi penulisan lagu dan juga music direction kedua band tidak berada terlalu jauh.

Dari segi sound produksi, gua beranggapan Nihil Est (EP2018) adalah produk yang bagus, keras, beremosi dan punya jiwa yang gelap. Tone gitar yang keras dan berat beserta hentakkan drum yang konsisten menjadikan EP ini kedengaran jitu. Ditambah dengan penyampaian vocal yang seakan menyaingi kemampuan Mgla, memberi impak yang agak tinggi hanya untuk produk berstatus EP pertama.

Nihil Est (EP2018) dikeluarkan dalam format fizikal iaitu CD. Ianya juga boleh diperolehi secara digital dengan pembelian secara online di laman bandcamp Agathos. Link2 untuk mengenali Agathos disediakan dibawah ini.

Email
Facebook
Bandcamp
Instagram
Spotify

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected