Punisher – Dehumanized (EP2018)

3

Kepada pengikut genre berat tanahair, nama Punisher bukanlah sesuatu yang asing ditambah dengan kewujudan mereka adalah seawal pergerakkan music bawahtanah negara. Punisher adalah antara penggerak scene selain nama paling awal iaitu Blackfire, namun kegemilangan Punisher boleh dikatakan selari dengan nama2 pejuang lain tanpa penghasilan release rasmi seperti Nemesis, Picagari, Assault. Secara terus terang gua sebagai penulis tidak berkesempatan mengikuti kegemilangan serta pergerakan 80’s dan 90’s oleh kerana faktor usia yang masih muda. Hanya cerita2 dari mereka2 yang dalam katogeri “abang2′ yang menjadi pendorong sebagai pengetahuan kehebatan band2 ini. Punisher boleh dikatakan melalui beberapa perubahan line up sepanjang penubuhan sehingga hari ini. Setelah lebih kurang 30 tahun kewujudan, pada 4/6/2018 sebuah release rasmi dari Punisher menemui pencinta, pendengar dan pentaksub Thrash Metal Old Skool dimana Legion Music dan Vinyl Passion Malaysia mengambil tanggungjawap dalam hal ehwal pengedaran Dehumanized (EP2018) yang menjadi hak milik rasmi Punisher Music (PM).

Kratos Khalil (Rhythm/Vocals), Rosdan Baharom (Vocals),  Joey Abd Rahman (Lead Guitars/Rhythm/Vocals), Karim (Bass), Ainol (Drums)
* Rosdan menarik diri setelah rakaman selesai dan digantikan oleh Jeff Disposal
Artwork director oleh Punisher
Artwork oleh Jeff Disposal & Lee
Logo Punisher 2018 oleh Jeff Disposal
Inlay oleh Lee (SeniGrafix)
Tracklist :
1 – Traumatic Disorder
2 – Punishment
3 – Apocalypse
4 – Dehumanized
5 – Cursed Earth

Dehumanized (EP2018) melalui sesi rakaman yang agak panjang jangkamasa nya. Gua ada mengikuti perkembangan rakaman sekitar 2014 di Kerbau Studio melalui laman facebook Punisher, dimana ada dinyatakan rakaman tersebut pada asalnya adalah rakaman secara live namun ianya tidak dapat direalisasikan kerana beberapa faktor teknikal. Rakaman sebenar berlaku di Tone Studio Petaling Jaya bermula dari May 2016 sehingga March 2018. Satu sesi rakaman berperingkat yang benar2 mengambil masa yang agak panjang. Proses mastering dilakukan oleh Scott Mastering (USA).

Promo video

Mungkin ada yang telah mendengar antara review pendengar awal berkenaan material terbaru Punisher ini ianya berbau Thrash Metal Bay Area. Ok, setelah melayan tanpa henti untuk 3 hari, gua boleh mempersetujui bahawa track pertama Traumatic Disorder ini begitu kental pengaruh Bay Area nya. Memang tidak boleh disangkal lagi. Gua agak meneliti chord2 riffing yang sebenarnya tidak lah terlalu teknikal dan penggunaan chord yang mudah, namun solo2 gitar tidak boleh dipandang enteng. Sedari awal lagi solo gitar yang dimainkan memang sempoi dan punya feel Bay Area itu sendiri. Ini sebuah track yang bagus dari segi penulisan, agak ribut dan kental tahap Thrash Metal nya, penyampaian lenggok vocal yang baek dari Rosdan dan hentaman drums oleh Ainol yang jitu dan tidak memerlukan tahap teknikal yang terlalu tinggi untuk track ini. Cuma gua perasan mungkin satu cabaran untuk Ainol adalah konsistensi berterusan untuk 4 minit durasi yang rancak. Bau2 Megadeth jelas kedengaran melalui track kedua bertajuk Punishment. Gua tidak terlalu terkejut dengan rentak penghasilan lagu sebegini dari Punisher kerana untuk dua kali melihat mereka beraksi (walaupun berlainan line up), lagu2 cover dari Megadeth selalu dan pasti dimainkan dengan baek sekali. Guitarwork yang menarik, lenggok vocal yang bakal menjadi satu cabaran kepada vocalist baru Jeff Disposal dan solo2 gitar yang best melengkapkan track ini walaupun ianya tidaklah seribut track pertama yang ke arah Bay Area Thrash Metal. Punishment adalah sebuah track yang agak rilek, solid dan punya kepelbagaian rentak dan flow. Apocalypse kembali dengan bau2 Bay Area dicampur rencah sedikit riffing ala2 Metallica dan mood Megadeth terutama dibahagian chorus. Gua anggarkan track ini mencangkupi keseluruhan kehendak dalam katogeri Old Skool Thrash Metal. Self-titled EP ini iaitu Dehumanized adalah sebuah track rancak dan penuh gaya Old Skool seperti mendengar album2 lama era 80’s seperti Testament, Vio-lence dan Exodus. Track terakhir Cursed Earth adalah sebuah track perlahan sepanjang dua setengah minit. Terasa seakan mendengar Black Sabbath di blend bersama King Diamond dan Megadeth. Ya dari dahulu gua sudah ibaratkan Punisher sebagai Megadeth Malaysia. Hahaha..

Sepanjang menghadam EP dengan kandungan 5 tracks ini tanpa henti untuk beberapa hari, gua berasa tertarik dengan perjalanan band ini sejak dari tahun 80an. Punisher berjaya mengekalkan erti Old Skool dalam komposisi lagu2 mereka. Joey Abd Rahman selaku penulis utama dalam komposisi lagu2 didalam EP ini berjaya menghasilkan sesuatu yang berada dalam music bawaan Punisher itu sendiri. Band2 Bay Area seperti Exodus, Vio-lence, Death Angel dan pengaruh Megadeth, Metallica adalah apa yang pasti terhidu oleh pendengar2 CD ini. Oldtimer yang pernah menyaksikan Punisher beraksi dipentas2 funfair dan konsert dahulu boleh memperolehi CD ini, malah jika ada antara mereka2 dahulu yang terputus berita mengenai Punisher, anda disarankan memiliki CD ini.

Juga sepanjang penelitian gua selain pengaruh2 music dari band2 Bay Area, Megadeth (paling kuat sebenarnya) dan Metallica, keistimewaan EP ini terletak pada trademark suara Rosdan selaku pioneer kepada penubuhan Punisher itu sendiri. Cara penyampaian dan lenggok vocal Rosdan punya karektor tersendiri dalam peratusan konsep music Punisher. Ia mencetuskan tanda tanya di kepala gua betapa Jeff Disposal perlu bekerja keras untuk membawa watak frontman Punisher selepas pengunduran Rosdan. Adakah Jeff akan membawa cara penyampaian vocal seperti apa yang dilakukan bersama Central Disposal atau cuba mengikut lenggok vocal Rosdan bakal terjawap di show terdekat KL Metalcamp 2018 nanti dan juga material2 akan datang dari Punisher.

Komen untuk sound produksi, gua boleh katakan ianya bersifat Old Skool dari segi sound akhir yang sampai di telinga pendengar. Tiada sound meletup2 seperti produk2 Modern Metal yang menggunakan teknologi digital yang tinggi sebaliknya ianya kedengaran “organik” walaupun gua pasti rakaman tidak dilakukan secara analog seperti tahun 80 dan awal 90an dahulu.

Dehumanized (EP2018) boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand atau untuk urusan pembelian secara online, anda boleh menghubungi Legion Music dan Vinyl Passion Malaysia. Juga boleh menghubungi line up Punisher melalui laman sesawang facebook mereka. Gua ada terbaca dan terdengar harapan dari pendengar memohon agar EP ini agar cepat dihabiskan untuk memberi peluang kepada Punisher menghasilkan material2 akan datang. Akhir kata, ini antara sejarah selepas 30 tahun penubuhan dan kepada old timer atau pendengar baru, Dehumanized adalah antara “hadiah” dari Punisher selepas 30 tahun. dapatkan sekarang!!!

Punisher
Email
Facebook

3 thoughts on “Punisher – Dehumanized (EP2018)

  1. masa live intebiu dgn legion music, aku ada tanya lagu2 ni buat bila? diorang jawap around 2014.. dan 1 soalan lagi, ada x masa zaman diorg tgh menggila dulu dapat offer rakam album? diorang jawap ada tapi kompilasi.. dan projek tu x jadi.. aku pun sebenarnya teringin dengar lagu2 lama Punisher sebab seriusly zaman nemesis, punisher aku masih berhingus..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected