Interview : Morggorm – Ledakan Thrash Metal Malaysia

0

Ok.. band yang berteraskan music Thrash Metal ini kalau di Kuala Lumpur rasanya x payah di perkenalkan lagi.. Morggorm yang terdiri dari 3 line up bertubuh besar!haha.. Telah menghasilkan sebuah single bertajuk New World Prosecution sebagai sesi pengenalan ketika kemunculan awal mereka sebelum menghadiahkan sebuah EP bertajuk Cruelty Devastation pada 2006. Setahun kemudian Morggorm menghasilkan pula sebuah album penuh bertajuk The Eye of Gorsha Dimmag. Terkini Morggorm seakan bersedia untuk meledak kembali dengan album kedua dimana lagu2 terbaru telah berada dalam senarai untuk proses rakaman. Ok, untuk lebih lanjut kami pihak DtE telah melakukan satu sesi temubual bersama Morggorm menyingkap apa yang telah, sedang dan akan dilakukan mereka untuk para pendengar semua.

Ariyus – Guitars / Vocals, Kamal – Bass / Vocals, King – Drums

1 – Assalamualaikum dan selamat sejahtera Morggorm. Boleh ceritakan sejarah penubuhan Morggorm?
Waalaikummussalam… terima kasih DtE kerana sudi menemubual kami… Morggorm start tahun 2003, oleh saya Ariyus (penggentel tali gitar) dan King (pembeduk deram), start jamming lagu2 yg kebanyakkannya lagu2 dari Metallica dan Sepultura, pastu dalam tahun 2005 baru berkenalan dengan Kamal dan sejurus lepas itu Kamal menjadi tukang urut tali bass dan tukang jerit..

2 – Boleh nyatakan band2 yang pernah disertai oleh ketiga2 line up Morggorm?
Ariyus – Diedem (1998-2003 – tiada rilisan rasmi)..
King – ada beberapa band metal dan rock namun nama nama band tak dapat nk di nyata kan disini hehehe..maaf ye encik editor hehe..
Kamal -band lama XENOPHOBIA (1989 Taiping Thrash Metal)..

3 – Selain menganggotai Morggorm, adakah ketiga2 anda ada menganggotai band2 lain?
Buat masa sekarang, seecara rasminya, tiada seorang pun antara kami yg menganggotai band lain. cuma kadang2 kawan2 ajak session, kitaorg join. Band2 projek mungkin ada dalam masa akan datang.. itu hanya masa yang menentukan..

4 – Setakat ini Morggorm secara rasminya telah melahirkan sebuah EP dan sebuah album penuh. Bagaimana tahap penjualan kedua2 material tersebut?
Keseluruhannya sambutan amat baik… EP Cruelty Devastation adalah rilisan sepenuhnya oleh kami yg serba kekurangan dari segi strategi pemasaran and contact, jadi pemasarannya agak terhad… manakala album The Eye of Gorsha Dimmag adalah rilisan bersama Morggorm Music dan Metal Zone Production… yg mana en. Aziz MetalZone memasarkannya dengan sungguh baik sekali. Sukacita kami maklumkan yg album The Eye of Gorsha Dimmag sebenarnya dah sold out..dan kami tak bercadang untuk repressed rilisan tersebut..

5 – Jika diteliti Morggorm mula serius selepas show Kreator di Backroom pada 2005 dahulu. Adakah kedatangan Kreator mempengaruhi music direction Morggorm atau sememangnya Morggorm memang bermula dengan thrash Metal atau sebaliknya?
Kami mmg bermula dengan jamming lagu2 Metallica dan Sepultura, kedatangan Kreator sedikit sebanyak menaikkan semangat kami. kebetulan pula perkenalan dgn Kamal juga di gig Kreator tersebut melengkapkan band Morggorm ni..

6 – Kenapa memilih konsep Thrash Metal sedangkan sekitar pertengahan 2000 tidak banyak band tempatan membawa genre ini malah band2 tersohor seperti Athothorgh juga seakan berhenti sejenak ketika itu?
Mungkin thrash ja kot yg kami mampu bawak…. Death Metal mmg langsung tak pandai nak main.. huhu… apa2 pun sebenarnya apa pun muzik yg kita main mmg kena ada minat.. baru boleh ngam..

7 – Band yang benar2 membawa pengaruh terbesar ke atas Morggorm dari segi sound, music direction dan penciptaan lagu Morggorm?
Secara jujurnya Metallica dan Sepultura adalah pengaruh terbesar kami… band2 lain seperti Kreator , Destruction, Sodom dll adalah perencah yg mempengaruhi muzik kami..

8 – Siapakah mastermind dalam penulisan lagu dan lirik Morggorm?
Sudah tentu la King.. struktur muzik biasanya king yg buat.. saya wat riff mengikut kehendak tuan mastermind.. hehehe.. lirik mmg 100% king yang buat.. kalo grammar hancor ka broken ka apa ka, sila salah kan King hehehehehehe..

9 – Boleh nyatakan gear dan equipment yang digunakan Morggorm?
Ariyus :  Dean Stealth Snakeskin/Dean ML 79, MEtal Muff, Boss EQ, Dime Crybaby, Boss Delay..
Kamal : DEAN V-Tour Bass, B.C Rich Mockingbird Bass, BOSS EQ,BEHRINGER Compressor Sustainer CS-100..
King : Tama Iron Cobra Power Glide..Maple Piccolo Snare Drum Pearl..drumstick cap ayam..

10 – Morggorm turut mempunyai mini studio rakaman tersendiri. Boleh nyatakan perkhidmatan yang di sediakan Morggorm Music Productions?
Buat masa sekarang Morggorm Music Studio dibekukan atas sebab tahap sibuk yg amat sgt..kemungkinan akan di buka kembali tapi tak dapat nk di pasti kan bila

11 – Boleh nyatakan perisian2 yang digunakan di Morggorm Music Productions? Siapakah jurutera bunyi yang terlibat didalam proses rakaman di Morggorm Music Productions?
Sonar, VST plugin cam amplitube, waves dll. Juruteranya saya..Ariyus..khidmat nasihat dan penelitian bunyi telah di selenggara kan oleh King..

12 – Apakah rilisan2 yang telah menjalani proses rakaman atau adunan dan juga mastering di Morggorm Music Productions?
Rilisan kami semuanya dibuat disini.. EP Cruelty Devastation, The Eye of Gorsha Dimmag, album ModarIn My Meditation Time, Album Nightshaders, mastering untuk Metal to Metals Vol 2 dan rilisan semula AthotorghPromaster Dieyana versi vinyl juga dibuat disini..

13 – 5 album Thrash Metal terbaek sepanjang zaman bagi ketiga2 line up Morggorm?
Ariyus :
1 – Metallica – Kill em’ all
2 – Metallica – Master of Puppets
3 – Slayer – Reign in Blood
4 – Megadeth – Rust in Peace
5 – Sepultura – Chaos A.D..

Kamal :
1 – Metallica – Kill Em’ All..
2 – Metallica – Master Of Puppets…
3 – Sodom – Persecution Mania…
4 – Kreator – Extreme Aggression…
5 – Slayer – South Of Heaven..

King :
1 – Metallica – Kill em all sampai black album..
2 – Sepultura – Beneath the Remains sampai Roots..
3 – Slayer – Reign in Blood sampai Christ Illusion..

14 – Album Metal tempatan yang boleh diangkat sebagai terbaek oleh Morggorm?
Bagi kami semua band tempatan sangat bagus dan memang harus di puji kerana semua nya berusaha untuk mencapai kepuasan yg maksima terhadap musik masing masing..

15 – Pandangan Morggorm berkenaan perubahan music Sepultura yang berubah ketika Chaos AD?
Perubahan atau evolusi adalah hak band masing2.. ada yg mungkin suka ada yg tak.. tu adalah lumrah.. bukan senang nak puaskan hati semua org.. so jalan yg terbaik adalah puaskan hati sendiri dulu. dan bagi saya perubahan yg Sepultura/Max Cavalera buat adalah bagus dan menjadi…. Max mmg seorang yg hebat!!

16 – Bagaimana pula berkenaan genre Crossover Thrash seperti yang dibawa oleh Municiple Waste?
Sgt2 best! adrenalin mmg sentiasa berlari2 kalo dengar lagu2 crossover ni.. agaknya sebab itulah DRI menggunakan logo org berlari sebagai logo mereka…m/><m/

17 – Pendapat Morggorm berkenaan band2 muda yang membawakan music old skool Thrash Metal bermutu seperti Antacid, Reaper, Hereafter, Atomic Death?
Sgt2 bagus… kita kalo dah minat muzik tu, kita kena sentiasa pastikan muzik yg kita minat tu sentiasa hidup.. kita tanak dia terus mati.. biarlah muzik tu dah takda org minat sekali pun, yg penting kita teruskan jugak..

Eclipse In East Abyss (Single 2012)

18 – Eclipse In East Abyss merupakan single yang di jadikan promo terbaru Morggorm setakat ini. Boleh ceritakan progres terkini Morggorm? Adakah mungkin Morggorm sudah punya perancangan untuk merakamkan album terbaru?
Ya.. promo tu adalah untuk rilisan terbaru kami nanti… sekarang ni lagu mmg dah ada cuma masa untuk merakamkannya tu agak terhad jadi kami mungkin akan memerlukan masa yg lebih lama untuk menyiapkan album kedua ini..

19 – Adakah album terbaru nanti bakal di lahirkan oleh Morggorm Music Productions atau menggunakan label lain?
Belum diputuskan lagi. kami ada juga berbincangan dgn label2 yg mungkin berminat utk rilis album. apa pun kita tgk ja la nanti…

20 – Memandangkan setiap line up Morggorm mempunyai pekerjaan tetap, adakah Morggorm masih akan mempertimbangkan jika ada jemputan persembahan pentas luar negara dalam jangkamasa sebulan mungkin?
Sudah tentu. jika tawarannya sesuai, kami takkan tolak kerana pengalaman bermain diluar negeri mmg best dan amat berharga.. tahun 2011, kami dapat bermain di Bangkok.. pengalamannya mmg antara yg terbaik dalam hidup kami..

21 – Pada pandangan Morggorm, adakah Malaysia akan sekali lagi akan dilanda demam Thrash Metal seperti dizaman awal underground scene mula bertapak dahulu?
Demam2 ni sebenarnya bergantung gak pada demam2 diluar negara… sekarang zaman internet mmg info dtg sgt cepat… kemungkinan tu ada sbb byk2 band2 thrash generasi baru yg sgt2 best seperti Evile, Municipal Waste, Toxic Halocaust dll.. tapi kami tak peduli demam ka tak demam.. kami main ja muzik kami mcm biasa

22 – “Download”.. mungkin ada yang Morggorm ingin katakan berkenaan perkataan tersebut?
Saya sgt suka sebenarnya zaman2 download ni… semua info/lagu/movie kita dpt dengan cepat… betul.. saya setuju dgn kata2, download kill the music business tapi it only kill the business not the music.. selagi muzik tu dapat didengari dan sampai di beribu2 kilometer jauhnya dari sini.. then saya sokong la.. nak buat cam mana kan.. kita follow the flow ja la… kita bukan ada kuasa pun nak halang org download2 ni..

23 – Dalam penghasilan lagu (riffing/melodi) dalam genre Thrash Metal, yang manakah lebih penting.. feel, melodi line yang catchy atau teknikal?
Semua elemen2 tu penting, tapi paling penting bagi saya, riff gitar kena catchy dan sedikit intense.. kira bunyi kena mcm dahsyat la skit walaupun sebenarnya tak dahsyat mana pun gitaris tu (kata kat diri sendiri) hehehehe..

24 – Ok, rasanya setakat ini dahulu sesi temubual DtE bersama Morggorm. Mungkin ada kata2 akhir dari Morggorm kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Selamat berpuasa dan perbanyakkanlah beribadat..terimakasih sekali lagi pada DtE..peaCE

Kenali Morggorm melalui link yang kami sediakan dibawah video live mereka ini…

Morggorm – Arise (Sepultura’s Cover – Live in Bangkok, Thailand)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected