Putrefied Remains – EERI – Spread The Hate (EP 2012)

0

Band ini tiba2 muncul dikala jenis genre Metal yang dibawa mereka agak lama tidak dihasilkan di Malaysia. Putrefied Remains merupakan band yang baru wujud mencakupi beberapa line up dari Perak, KL dan selangor. Membawa music yang punya elemen kuat dari Greece Metal, mungkin nama besar seperti Rotting Christ, Varathron, Dark Vision, Embrace of Thorns menjadi rujukan atau pengaruh utama penciptaan lagu2 band ini. Kelahiran EP bertajuk EERI – Spread The Hate ini juga seakan mengingatkan kembali kita kepada sebuah band yang membawa genre music yang sama pada 90an dahulu iaitu Sarcastic dari Alor Setar, Kedah. Kini Putrefied Remains menjadi penyambung legasi pemuzik yang menggerakkan irama Greece Metal ini di Malaysia.

NekroShaman – Vocals
NecroMorbidfire – Guitars
Thalexi Mastha’ – Guitars
Jie Mutilator – Bass
Warhammer 666 – Drums

Artwork oleh Necromorbidfire (pemain gitar Putrefied Remains)

Tracklist

1 – My Diabolical Ancient Entity
2 – The Curse By Pagan Spells
3 – The Darkling Thrush

EERI – Spread The Hate (EP 2012) menjalani proses rakaman di Thronepoyak Abysmal Musick Garrage (gua rasa area negeri Perak jugak ni.. – ed) sekitar Februari sehingga April 2012. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Jie Mutilator (pemain bass band ini) bertempat di Majesty Embin Lab. Kesemua lagu dihasilkan oleh Jie Mutilator manakala NekroShaman bertindak sebagai penulis lirik. EP ini dikeluarkan oleh Metal Porn Production.

My Diabolical Ancient Entity merupakan track pertama yang bermula tanpa sebarang petanda. Ok, dengar jek track pertama ni terus kedengaran mood Greece Metal tu hidup dalam lagu. Dengan sound yang agak solid dan seimbang dari segi mixing nya. Solo dan feel in banyak mempengaruhi sound atmosfera Greece Metal yang selalu kita dapat selami apabila mendengar Rotting Christ am nya.

The Curse By Pagan Spells bermula sedikit perlahan tempo nya tetapi tidak lari dari elemen atmosfera Greece Metal seperti yang dihasilkan seperti track pertama tadi. Solo gitar juga makin berani malah penggunaan twin pedal juga seakan lebih banyak dari track pertama tadi. Layer keyboard walaupun hanya sekadar 1 note tetapi cukup memberi impak dan feel keatas lagu ini.

The Darkling Thrush merupakan track penutup namun ianya telah awal2 lagi dijadikan promo dalam bentuk pendengaran di youtube (preview  song ada kami selitkan dibawah). Ok, lagu ini agak menarik susunannya dan feel yang lebih klazzz!!! Solo pada pembukaan lagu mengingatkan gua pada Heloisa (band projek Ein Brain Dead). Sound layer keyboard juga menonjol untuk kali ini untuk menghidupkan lagi mood lagu ini. Drum yang sedikit thrashy membuatkan lagu ini kedengaran lebih old skool. Ok, 3 lagu jek??? haha.. macam x cukup plak..

Secara keseluruhan, gua berpendapat idea penghasilan konsep sebegini adalah sesuatu yang boleh dianggap berani oleh Putrefied Remains. Mood dan feel yang baek dapat dihasilkan sepertimana apabila kita mendengar lagu2 dari band2 Greece. Apabila mendengar ketiga2 track seakan terasa tidak mencukupi dengan apa yang dihidangkan. Hahaha.. Ia juga seakan mengembalikan nostalgia kepada sesiapa yang melalui zaman kegemilangan metal Underground Scene suatu ketika dahulu.

Sound produksi juga boleh gua klasifikasikan antara sound yang solid walaupun sound drum yang dihasilkan kedengaran statik (boleh jadi menggunakan drum machine tapi gua percaya lelagu sebegini mampu dimainkan kembali oleh pemain drum mereka secara live). Sound gitar juga tidak terlalu berat dan tidak terlalu tajam. Masih mengekalkan trademark sound2 gitar seperti apa yang dihasilkan pada 90an dahulu. Bunyian keyboard masih boleh di kesan yang hanya di gunakan sebagai latar atau layer untuk menghidupkan suasana lagu yang dihasilkan.

Untuk mendapatkan CD bertajuk EERI – Spread The Hate ini anda boleh menghubungi label rasmi mereka iaitu Metal Porn Production (kami sediakan link di bawah preview video) dengan harga RM7 (by hand) atau RM 10 (postpaid).

 Putrefied Remains juga turut menghasilkan tee rasmi mereka dengan harga RM25 (by hand) atau RM30 (postpaid) dengan menghubungi Atanz Bin Shareat melalui no hp – 012-6638092.

Putrefied Remains – The Darkling Thrush

Kenali Putrefied Remains melalui link di bawah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected