The Malayan – The Malayan (2012)

0

Andy selaku tunjang utama Flop Poppy muncul bersama sebuah band baru yang masih mengekalkan genre pop sebagai konsep music band yang bergelar The Malayan ini. Bersama gitarist yang turut pernah bersamanya (juga Fathul) didalam Spiral Kinetik Circus iaitu Khian, The Malayan seumpama alternative lain daripada Flop Poppy dan Spiral Kinetik Circus. Agak produktif dalam penghasilan lagu2, The Malayan turut memperkenalkan music mereka melalui penghasilan video klip rasmi bertajuk Aku Bukan Lagenda (kami sertakan video klip ini di bawah artikel) pada May 2011.

Grafik oleh Electric Head Studio
Fotografi oleh Ted Adnan
Tracklist :
1 – Aku Bukan Lagenda
2 – Tiga Kali
3 – She Said
4 – Penyelesaian
5 – Cinta Terkesan
6 – Lain

Album yang turut menggunakan nama band ini iaitu The Malayan ini telah menjalani proses rakaman di Utusan Sight & Sounds Sdn Bhd. Sesi rakaman diselenggara oleh Daud Sulaiman. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Keith Yong. Andy bertindak sebagai penerbit bagi album ini dan dibantu oleh Khian. Kesemua lagu dihasilkan oleh Andy dan Khian kecuali Penyelesaian oleh Meme. Kesemua lirik juga dihasilkan oleh Andy kecuali Penyelesaian juga oleh Meme. Beberapa pemuzik undangan digunakan iaitu Man Kanan (terlibat dalam rakaman album Flop Poppy – Say La Vey) di posisi drum kecuali track Aku Bukan Lagenda oleh Badzeetos. Track bass di mainkan oleh Meme kecuali Aku Bukan Lagenda oleh Andy sendiri. Album ini dikeluarkan oleh Rumpun Records dan di distribute oleh Universal Music Malaysia.

Aku Bukan Lagenda menjadi track pertama. Sebuah track yang telah di hasilkan video klip nya pada May 2011. Sebuah track yang punya melodi dan flow yang menarik. Ada naek turun mood dan temponya. Punya chorus yang sedikit rancak.

Tiga Kali bermula dengan sedikit mellow. Merupakan sebuah lagu bertemakan cinta. Beberapa solo feel in yang mendayu melengkapkan mood lagu ini. Jika sekali dengar mungkin pendengar akan mengatakan ini ialah lagu dari Flop Poppy.

She Said mungkin merupakan track pilihan gua. Melodi vocal dan rhytm yang bersahaja kedengaran agak catchy. Juga pada bahagian chorusnya sedap didengar. Err perlu dinyatakan walaupun tajuknya berbahasa inggeris tetapi lagu ini berlirikkan bahasa Melayu. Sebuah track yang agak segar dan sedikit rilek.

Penyelesaian merupkan sebuah lagu yang tidak dihasilkan Andy dan Khian. Malah lirik lagu ini juga tidak dihasilkan Andy. Merupakan salah satu track yang dihasilkan pemain bass (session) untuk album ini iaitu Meme. Jika didengar dengan teliti mungkin lagu ini kedengaran sedikit advance dari track2 lain. Sebuah gubahan yang menarik dari Meme.

Cinta Terkesan mungkin punya sedikit perisa Flop Poppy (ini apa yang gua dengar la..terutama starting lagu). Mungkin sedikit kelainan dimana beberapa solo fill-in ketika verse membezakan sedikit dari ramuan music Flop Poppy. Chorus yang menarik dan fresh..

Lain menjadi track penutup untuk album ini. Kombinasi bass yang sedikit berbunga dan idea riffing stereo side yang berbeza menambah keasyikkan apabila lagu ini.

Kepada yang merindui sentuhan Andy selain menanti album dari Flop Poppy, rasanya The Malayan adalah jawapan yang tepat. Muzik yang sedikit rilek dan santai. Sound produksi yang baek. Juga penampilan semula Khian selepas Spiral Kinetic Circus seakan menambah beberapa elemen melodi yang meninggalkan kekosongan yang terdapat didalam setiap track yang dihidangkan didalam album ini.

Gua x brapa pasti harga pasaran CD ini sebab gua dapatkan melalui pembelian online dari itakios.com dengan harga RM21 termasuk kos postage. Mudah.. hanya online, kuasa hanya dihujung jari dan tunggu CD nya sampai depan pintu rumah. Hahaha… Ok, layan video di bawah ini dulu untuk kenali music The Malayan.

The Malayan – Aku Bukan Lagenda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected