In Remembrance For Brain Dead (1999)
Gua terpanggil untuk menulis pasal sebuah kompilasi bertajuk In Remembrance For Brain Dead yang diterbitkan oleh Apokalip Releases pada 1999 dan Musictrax Sdn Bhd pada tahun seterusnya. Merupakan sebuah kompilasi berbentuk tribute kepada lagenda Death Metal tempatan iaitu Brain Dead yang mana pada ketika itu seakan berada dalam mode hibernate. Dihasilkan dalam format kaset, In Remembrance Of Brain Dead disertai oleh 9 buah band dan terdapat 2 buah lagu dibawa sendiri oleh Brain Dead. Antara band terlibat adalah Logam, Tandus, As Sahar, Kharabanazak, Medicine Death (Brazil), Necrotic Chaos, Vociferation Eternity, Endless Pain dan Global Chaos (Singapore).
In Remembrance of Brain Dead menjalani sesi rakaman ditempat band2 terlibat bermastautin. Namun proses mastering dilakukan oleh Bob dan Panjang MOC.
Logam untuk rakaman ini sebenarnya hanya dibarisi 3 orang line up. Mengekalkan konsep band iaitu Heavy Metal Thrash, Logam tampak mampu memberi impak untuk mendengar track2 seterusnya. Rites of the Tyrant menjadi lagu yang dipilih dan track ini turut dimuatkan didalam EP mereka pada 2002 bertajuk Maximum Power Overdrive. Pada gua kualiti bunyi agak kureng sedikit namun masih ok untuk pendengar yang tidak cerewet. Kenali Logam disini -> LOGAM
Tandus band yang membawa konsep Thrash Metal pada sangat berjaya membawa lagu bertajuk The 7th Wind dengan baek sekali. Dari awal gua teliti dengar dan sememangnya band ini perlu diperhatikan. Padu permainan mereka. Ok, gua masih menunggu hasil terbaru mereka setelah lama sangat gua layan EP mereka bertajuk Logam Maut tahun 1997 dulu ni. Kenali Tandus di sini -> TANDUS
As Sahar tampil dengan penggunaan drum machine untuk lagu saduran bertajuk Spirit of Heloisa. Mungkin lebih power jika menggunakan drum original pada imaginasi gua. Kelainan yang ditunjukkan ternyata lari dari sound asal lagu ini dari segi tempo dan juga penambahan bunyian synth dan keyboard. Kenali As Sahar di sini -> AS SAHAR
Kharabanazak adalah band Black Metal dari selatan tanahair yang untuk tribute ini masih kekal dengan sound raw nya. antar pro dan kontra yang kedengaran sedikit mentah sound yang dihasilkan dan mereka Kharabanazak masih dapat mengekalkan sound raw yang menjadi identiti mereka sejak dari rakaman terdahulu lagi. Untuk tribute ini mereka membawakan lagu Twisted Soul. Kenali Kharabanazak disini -> KHARABANAZAK
Medicine Death merupakan band yang paling jauh dari Malaysia. Mereka merupakan band dari Brazil. Membawa lagu Impious Mortal dengan pengaruh Death Metal dan Doom. Ok, nampak kelainan dalam susunan lagu asal namun pada gua ini merupakan track paling “menangkap” untuk tribute album ini. Seperkara yang agak tak best nak sebut ialah Medicine Death sudah tiada lagi setelah menghasilkan dua buah album. Kenali Medicine Death di sini -> MEDICINE DEATH
Necrotic Chaos pada gua antara band tempatan yang paling hebat menjahanamkan lagu saduran mengikut konsep yang mereka bawa. Jahanam yang gua maksudkan itu bukan dari segi negatif kerana selaku pendokong genre Death Metal yang sangat tegar, gua tengok lagu2 yang Necrotic Chaos cover sangat berjaya. Termasuklah lagu Eternal War ini yang siap ada grind bagai..tak lupa tremolo gitar yang boleh tercabut dek teknik warmy bar! Kahkah.. Eh, gua masih teringat lagu Prophecy dari Cromok dan My Oath For Thee dari Langsuyr yang diorang ni cover. Gila babi! Kenali Necrotic Chaos disini -> NECROTIC CHAOS
Vociferation Eternity ni mungkin lebih tepat gua sebut Dark-E walaupun mengalami berbagai pertukaran line up. Merupakan mastermind dalam band ini dari awal penubuhan sehingga menghasilkan beberapa album. Sacred berjaya dimelodic kan walaupun kedengaran tidak berapa jauh dari versi asal. Ok, gua dapat tangkap beberapa part yang berjaya di kembangkan lagi dengan progression chord yang masih didalam chord asa lagu ini. Cantek juga lagu ni dengan konsep Vociferation Eternity sebenarnya. Kenali Vociferation Eternity disini -> VOCIFERATION ETERNITY
Endless Pain ni gua gagal nak dapat info lebih2. Cuma dapat sikit info band ni adalah band hardcore yang ditubuhkan pada 1995. From The Ecstacy yang merupakan tajuk album bagi Brain Dead dibawa dengan gaya tersendiri oleh Endless Pain. Kedengaran music nya penuh pengaruh old skool hardcore dengan stroke drum yg pelbagai.
Global Chaos agak pelik kerana mereka tidak membawa lagu dari Brain Dead sebaliknya menyumbangkan sebuah lagu bertajuk And The Angels Danced (Version of Twisted) yang merupakan sumbangan mereka sebagai sambungan kepada lagu Twisted Soul. Paling berlainan kerana konsep lagu yg dibawa penuh pengaruh modern ditambah dengan bunyian sampling dan loops sepanjang lagu. Ok, tetiba gua teringat kompilasi tribute to Silent Death dimana Viniir bawak lagu In Time. Haha.. Kenali Global Chaos disini -> GLOBAL CHAOS
Dua buah track dari Brain Dead iaitu Unholy Sin dan Twisted Soul mungkin adalah bonus kepada pembeli. Kedua2 track ini bukan diambil dari rakaman album penuh From The Ecstacy sebaliknya dari rakaman secara live.
Secara keseluruhan gua berpendapat album kompilasi ini merupakan antara khazanah music metal tanahair yang sudah susah nak dapat sekarang ni. Walaupun tiba2 Brain Dead muncul kembali dan gua rasa lain macam sebab selalunya tribute ni untuk band yang dah tak ada..haha.. Tapi mungkin tribute album ini juga antara usaha yang menyebabkan Brain Dead muncul kembali dan meranapkan pentas2 gig serata ceruk sehingga ke Thailand tahun lepas.
Untuk kompiasi ini gua memilih beberapa track yang pada gua memang ada sikit “tangkap” mungkin sebab catchy atau perkataan lain yang gua simpulkan sebagai power (sebab gua tak tau nak definisikan dengan kata2..haha) adalah dari Tandus dengan The 7th Wind, Medicine Death band dari Brazil yang berat sekali dengan Death Doom nya untuk lagu Impious Mortal dan tak lupa Necrotic Chaos yang pada gua memang sudah punya rencah tersendiri dalam membawa lagu2 cover mengikut trademark music ciptaan mereka.
Ok, nak rekemen untuk beli tape ni pun gua xtau ada lagi ke tak.. Label yang mengeluarkan tape ni pun dah x brapa nak aktif dan gua cuma boleh sarankan jika terjumpa depan mata atau ada orang nak tolak sila sebat sebelum anda dapat habuk. Ok chow!
Kredit imej :
Faithcraft Production, Metal Archives, Flickr (Syagrasyiid), Google Image dan cover sleeve tape.