Ildskær – Paa Dækket Kalder De Døde [EP, 2021]

0

Saya menyukai muzik Metal yang membawa tema yang menyentuh sejarah. Ia membuatkan output artis-artis muzik berat terasa lebih serius dan bersifat education.  Inilah yang cuba ditampilkan oleh Ildskær, unit Black Metal dari Denmark melalui EP terkini mereka Paa Dækket Kalder De Døde yang dikeluarkan melalui Wolfspell Records.

Paa.. meneliti peristiwa antaranya, Gunboat War antara Denmark-Norway dan British yang menyaksikan kapal perang terakhir terakhir Denmark-Norway dimusnahkan, kerajaan Denmark-Noway mengalami kejatuhan dan  sebagainya. EP ini sekadar menawarkan 3 trek yang blazing fast dan diselang-seli dengan riff-riff yang mournful, sesuai dengan tema EP ini tentang jatuhnya kesatuan Demark-Norway yang memakan hampir 30 minit.

Saya memang enjoy hidangan muzik mereka yang berkiblatkan early 90s Black Metal yang blur antara Raw Black Metal dan Melodic Black Metal yang obviously tak overproduced. Kualiti rakaman yang menepati ciri-ciri Black Metal dan tak juga terlalu sebu dan bising. Paa… ditulis dengan riff-riff dingin dan mournful selain jahat didengari. Dalam kala dingin dan mournful, ia tetap bermelodik (saya rasa banyak employ tremolo picking). Vokal pula croaking dan bergema melengkapi EP ini yang energetic dan dark manakala dram memandu dengan blastbeat simple bertalu-talu gaya Black Metal klasik. Ia pantas, tidaklah teknikal namun memastikan EP ini meletup. Dram berbunyi organik (at least tiada trigger untuk bass drum!) jadi terasa natural untuk dilayan. Bass walaupun ada, di kebanyakan tempat terasa tenggelam dan sekadar di pinggiran.

Paa… adalah usaha kedua Ildskær untuk membawakan Black Metal yang padat dengan penceritaan sejarah dan saya hargai usaha mereka. It’s fun, it’s perhaps educational and sounds killer. Anda patut check out mereka kalau ingin selami sejarah tentang naval warfare negara mereka dengan bunyi yang brutal. Ugh!

Paa Dækket Kalder De Døde kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Satyricon, Ulver, Storm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected