I Am Noah – The Verdict (Full Length, 2016)

0

Rasanya dah hampir sedekad genre Metalcore meletup dan menjadi mainstream (hampir mainstream? Mungkin). Macam pelik pula dalam 2016 ni masih ada band yang memainkan stail Metalcore circa 2007-2009 memandangkan ramai peneraju Metalcore yang dah sama ada dah berpecah atau menukar sound. I Am Noah barangkali muncul di dekad yang salah, tetapi itu tidak bererti mereka tidak patut berhenti mencuba. The Verdict merupakan debut daripada unit Melodic Metalcore dari Jerman ini, yang diterbitkan Bastardized Recordings pada 13 Mei 2016.

1. Defendant
2. The Rise of Mankind
3. Embrace the End
4. The Verdict
5. If Life Could Be the Answer
6. Unlearned
7. Deafblind
8. What is Dead May Never Die
9. Drowned
10. One Man Wolfpack
11. Hourglass
12. Conquer the Thrones

I Am Noah lahir daripada sisa band Chimalba pada 2015. Sebaik formasi I Am Noah telah lengkap, mereka terus masuk studio untuk merakam debut yang kini dikenali sebagai The Verdict. Dengan menawarkan 12 trek, adalah mudah untuk melihat pengaruh yang mewarnai album sulung ini. The Verdict jelas berpengaruhkan August Burns Red dan As I Lay Dying terutamanya dari segi permainan gitar yang percussive dan berat teruk. 


Saya menyukai beberapa elemen eletronik dan glitch yang bertaburan di dalam album ini, betul-betul mengingatkan saya kepada era Metalcore 2007-2009 lol. The Verdict adalah sebuah release yang anda mahukan untuk standard Metalcore: breakdown, gitar bermelodik, sedikit elemen ambient, vokal yang menyalak dan boom! Anda dapat resepi Metalcore yang sukses… untuk zaman kegemilangan Metalcore. Tiada pembaharuan tetapi tidak bermaksud ia tidak menarik. Anda mungkin terasa nostalgik dengan terbitan sebegini. Saya mengakui album ini keseluruhannya catchy dan boleh dibuat layan kerana dinamik albumnya yang bervariasi. 


Trek dicadangkan: The Rise of Mankind, Embrace the End, The Verdict, What is Dead May Never Die.

Untuk peminat: August Burns Red, As I Lay Dying, Massacre Conspiracy, Young Thousands (sewaktu masih dikenali sebagai I, Revival)

Beli The Verdict di sini.
Ikuti I Am Noah di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected