Warfather – The Grey Eminence (Full Length, 2016)

0

Saya tertarik dengan keluaran kedua Warfather ini kerana menampilkan Steve Tucker, yang kini telah kembali ke pangkuan Morbid Angel. Saya pasti ramai juga kecewa dengan direction Illud Divinum Insanus yang caca-marba. Apa pun, lupakan Morbid Angel, kita lihat dulu Warfather dengan album kedua berjudul The Grey Eminence yang bakal diterbitkan pada 16 September 2016 oleh Greyhaze Records.

1. Orders of the Horde
2. Headless Men Can No Longer Speak
3. Judgement, the Hammer
4. For Glory or Infamy
5. The Dawning Inquisition
6. Heedless Servant
7. Carnage of the Pious
8. Grey Eminence
9. Fair and Final Warning

Selain menampilkan Steve Tucker sebagai vokal, The Grey Eminence juga menampilkan Erik Rutan di kerusi penerbit. Boleh dikatakan ini macam mini reunion untuk alumni Morbid Angel la haha. Warfather dilengkapkan dengan pemuzik lain iaitu Avgvstvs (bass | Brazil), Bryan Bever (dram | US), dan Jack Kock (gitar | US).

Apa yang boleh dikatakan pada kesemua 9 trek ini? Saya gambarkan sebagai American Death Metal tanpa kompromi dan relentless yang dibayangi Morbid Angel. Saya kira faktor Steve Tucker dan Erik Rutan banyak membentuk acuan album ini sebagai alternatif Morbid Angel yang berpaksikan era pra-Ilud Divinum Insanus. Tiada belas kasihan, tiada menceceh, tiada elemen industrial (lol!) dan tiada bullshit. Hanya Death Metal belaka. 


Saya menggemari paduan suara Tucker dengan riffing gitar tajam-tajam yang mencerminkan elemen Death Metal 90an yang sinister dikemaskan dengan produksi yang memuaskan hati. Jelas tetapi tidak terlalu overproduced. Dinamik keseluruhan album tidaklah ribut bergulung-gulung dengan kebanyakan trek dengan tempo yang tidak terlalu menggila (baca: bukan pesta blastbeat) disulami solo gitar yang agak kompleks tetapi cukup memuaskan hati peminat kental Death Metal tanpa alienate pendengar Death Metal kasual macam saya. 


Saya kira ini sebuah produk yang agak tight untuk American Death Metal (yang nyata lebih ke arah 90an). Dan penyertaan Steve Tucker sebagai vokalis banyak menyumbang kepada hype Warfather dan album ini. Buat kaki Morbid Angel yang rasa malas nak tunggu album baru mereka keluar, bolehlah check out dulu Warfather sementara tu. 


Trek dicadangkan: Orders of the Horde, For Glory or Infamy, The Dawning Inquisition, Heedless Servant


Untuk peminat: Morbid Angel & Hate Eternal
The Grey Eminence akan menemui pasaran pada 16 September 2016 melalui Greyhaze Records.  Buat pre-order di sini. Sementara tu boleh preview trek Headless Men Can No Longer Speak di bawah.
Layari Facebook Warfather untuk berita terkini di sini.         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected