Groza – The Redemptive End [Full Length, 2021]

0

Saya cukup teruja dengan buah tangan terbaru band Black Metal Jerman, Groza yang kini muncul dengan album penuh kedua yang berjudul The Redemptive End melalui Art of Propaganda Records pada 30 Julai 2021. Band yang dikira agak baru ini sebenarnya tak banyak terbitan dalam diskografi mereka, dan saya perasan nama mereka mungkin, agaknya, rasanya berinspirasi Mgła.

The Redemptive End adalah terbitan yang punishing dan emotive melalui 6 trek dihidangkan. Black Metal yang blistering dengan sentuhan Post-Metal/Rock yang mengingatkan saya kepada Harakiri for the Sky, Uada dan obviously, Mgła. Layan sungguh trek-trek yang chaotic tapi dilapisi dengan guitarworks yang melodic menunjukkan ahli-ahli Groza yang benar-benar menguasai kemahiran mereka memainkan Black Metal gaya macam ni. Dram cukup yakin melanyak blastbeat dan pelbagai fill yang menyemarakkan semangat. Vokal pula melengkapkan feel dan vibe yang tortured dan marah. Berbeza dengan vokal standard yang biasanya shrieking, Groza memilih untuk mid-scream.

Trek-trek yang merenggut emosi dan kind of destroying you from the inside with so much fury and frustration ini adalah antara yang menarik saya untuk dengar The Redemptive End sampai habis. Saya pasti akan ada direct comparison terhadap Harakiri for the Sky dari segi melodic riffs dan vocals, namun saya fikir takdelah glaring sangat, memandangkan saya menyukai stail-stail sebegini dan Groza pun sebenarnya masih muda . Saya fikir Groza akan menjadi matang dan craft sound sendiri mengikut peredaran masa. Trek pilihan saya adalah The Redemptive End yang mempunyai healthy balance of Melodic Black Metal dan Post-Metal yang sungguh beremosi dan soaring. Semestinya album ini adalah antara pilihan Album of the Year saya. Jika anda mahukan Black Metal yang menusuk kalbu bukan sinister devil worshipping stuff, ini adalah jawapannya. Recommended.

The Redemptive End kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.

FFO: Mgła, Harakiri for the Sky, Uada, Antigone’s Fate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected