Vaelmyst – Secrypts of Egochasm [Full Length, 2021]

0

Woahhh, jarang saya dengar Melodic Death Metal yang harsh dan face-melting sebegini. Secrypts of Egochasm adalah album penuh pertama daripada unit Melodic Death Metal dari AS yang bernama Vaelmyst. Ia menghidangkan 8 trek yang intense dan berteknikal secukup rasa untuk peminat Melodeath Metal layan serta hayun kepala.

Sebenarnya untuk memanggil Secrypts of Egochasm sebagai Melodic Death Metal as it is adalah kurang tepat, kerana ia mencantumkan elemen-elemen lain seperti sedikit Black Metal, Thrash Metal dan juga Jazz (hence the technical parts) yang membuatkan album ini interesting, selain lari daripada acuan tipikal Melodic Death Metal. Tone gitar dan overall mix yang sedikit kering juga memberikan a different mood daripada yang selalu didengari, although I was hoping it to sound big and fat. Tajam jugak la tone diorang. Saya fikir sekalipun dengan tone yang kering, ia masih mampu menarik perhatian untuk mana-mana mat Metal untuk hantuk kepala sendiri sambil hantukkan kepala orang lain.

Saya juga tertarik dengan songwriting yang dipersembahkan. kemasukan riff yang berunsur Black Metal dan Thrash Metal memberikan album ini speed yang meribut. Namun kehadiran stail lenggok-lenggok Heavy Metal memberikan extra edge dan juga attitude, terutamanya solo gitar yang slick, garang serta tayang skill tak habis-habis. Ini adalah album yang sesuai jika anda mencari equal balance of brutality and sick guitar solos. Saya lepas habis dengar rasa macam nak meletup kepala mengenangkan betapa banyaknya memorable riffs dan solos yang dihidangkan. Ini adalah terbitan yang anda patut check out jika inginkan Melodic Death Metal yang non-standard tapi packs a punch.

Secrypts of Egochasm kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Opeth, Kalmah, Bloodfeast Ritual, Gates of Ishtar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected