Exalter – Persecution Automated (2017)

0

Sekali lagi kami cuba highlight band beraliran Thrash Metal yang berasal dari Dhaka Bangladesh iaitu Exalter. Terdahulu kami ada review material rasmi pertama mereka iaitu Obituary for the Living (EP2016). Agak aktif dalam menjayakan festival-festival music berat sekitar Bangladesh dan India, terkini bersama label yang sama iaitu Transcending Obscurity Records (India), Exalter tampil dengan sebuah album penuh bertajuk Persecution Automated (2017). Album ini telah berada dipasaran secara rasmi nya pada 28 December 2017.

Tanjim Rahman Tanim (Vocals, Guitars)
Afif Sarker (Drums, Vocals)
Jamil (Bass)
Artwork oleh Reesham Shahab Tirtho
Tracklist :
1 – Intro
2 – Holocaust Ahead
3 – Reign of the Mafia State
4 – World Under Curfew
5 – The Dreaded End
6 – Slaughter Cleanse Repeat
7 – Incarceration
8 – Grip of Fear
9 – Pathology of Domination
10 – Clandestine Drone Warfare

10 buah track termasuk intro dari album Persecution Automated (2017) ini melalui proses rakaman di 100 Miles Studio, Dhaka Bangladesh.

Sepanjang menghadam album ini, pengaruh yang dapat dihidu mungkin banyak dari Kreator dan Sodom era Frank Blackfire. Album ini juga tidak terlalu ribut seperti yang dilakukan didalam EP terdahulu. Namun komposisi lagu2 nya agak lebih tersusun dan sound produksi juga lebih mengancam kali ini.

Dari segi sound produksi, debut album ini kedengaran lebih “clean & bright” jika dibanding dengan EP terdahulu. Dan nampak ianya dihasilkan dengan teliti bersesuaian dengan mood album ini yang lebih kepada komposisi yang tersusun.

Persecution Automated (2017) didatangkan melalui 3 format iaitu limited edition CD, jewel case dan digital. Sebarang urusan pembelian boleh dicapai melalui link INI. Kenali Exalter melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah dan mungkin 1 hari nanti Exalter bakal berentap di KL Thrashed barangkali?

Exalter – Clandestine Drone Warfare
Exalter – In The Thrall Of Death (Kolkata Deathfest)

Exalter
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected