Ethereal Shroud – Trisagion [Full Length, 2021]

0

Cuaca lembap kebelakangan ini memberikan saya mood yang sesuai untuk mendengar terbitan Atmospheric Metal seperti keluaran terakhir daripada projek solo Atmospheric Black Metal dari United Kingdom yang bernama Ethereal Shroud ini. Album berjudul Trisagion ini sekadar mempunyai 4 trek namun memakan duration lebih sejam namun mempunyai strength yang bukan calang-calang. Trisagion diterbitkan melalui Northern Silence Productions.

Trisagion menzahirkan perasaan isolation, pandangan terhadap keadaan semasa dunia termasuklah hal-hal peribadi. Saya fikir semua ini digambarkan dengan baik melalui structure lagu-lagu yang kompleks dan pelbagai (hence the long duration!) memainkan parts yang memorable dan melancholic. Dengan feel atmospheric dibangkitkan melalui keyboard dan elemen lain, disulamkan dengan pekikan vokal yang seakan terseksa, permainan gitar dan dram berkelajuan tinggi, amat susah untuk saya menolak untuk tidak dengar Trisagion. Sekali dengar memang berdesing dengan dram yang menderu blastbeat manakala gitar mewujudkan wall of sound (namun boleh dengar traces of  melodies) namun bila ada part yang slow down, kedengaran elemen lain dimasukkan seperti strings (saya rasa violin), vokal wanita dan keyboard yang memperkayakan listening experience Trisagion. Ini adalah terbitan yang memerlukan pendengar untuk take their time dan hanyut dalam perasaan, bukan untuk hayun kepala sampai pecah.

Sayang sekali ini adalah keluaran terakhir Ethereal Shroud kerana projek ini telah concluded pada Disember 2021. Jika ini benar-benar keluaran penutupnya, ia adalah a perfect send-off dengan trek-trek yang emotional melambung jiwa bertingkah dengan raging anger. It couldn’t get any perfect than that. Dengarkan bagaimana terbitan yang panjang berjela masih mampu memberi kecamuk kepada jiwa anda.

Trisagion kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Saor, Panopticon, Summoning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected