Eternal Rot – Putridarium [Full Length, 2020]

0

Band Doom/Death Mayat kembali lagi dengan album baharu. Sebelum ini, Cadaverine yang dikeluarkan pada 2018 menunjukkan yang Death/Doom Metal boleh jadi cukup busuk, lembab dan berperisa bangkai daripada biasa. Fast forward 2020, Putridarium pula menemui pendengar. Putridrarium dikeluarkan oleh Godz ov War Productions pada 6 Julai 2020.

Berlainan dengan  album sebelum ini yang crawling tanpa dinamik dan arah, Putridarium menampakkan sedikit perbezaan dari segi songwriting dan stail. Masih bermain Doom/Death Metal Bangkai (saya came up with this lol), tapi kali ini terasa lebih groove dan tendency nak jadi Stoner Doom (I might be wrong!) yang minimal. Selain daripada tu, anda tetap dihidangkan riff chunky tune rendah, vokal berkeladak, drumming yang crawling dan atmosphere kuburan ala Eternal Rot. Apa yang anda dapat daripada elemen ini adalah soundtrack yang membayangkan persemadian di kubur yang berlalu abadi. Lembab dan menakutkan tak henti-henti.

Saya merasakan elemen groove yang dimasukkan hanya memberi impak minimal dan tak menampakkan progress sangat berbanding keluaran sebelum ini. Tapi kalau anda kaki Doom/Death dengan sound yang super thick dan tak kisah pace yang merangkak (tapi tak selembab Funeral Doom Metal), Putridarium adalah terbitan anda mesti dengar.

Putridarium kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan kaset.

FFO: Hooded Menace, Coffins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected