Dreariness – Before We Vanish [Full Length, 2022]

0

“Macam Oathbreaker,” itu reaksi kami bila mendengar trek pertama daripada Dreariness, sebuah unit Post-Black Metal dari Itali melalui album penuh terkini mereka berjudul ‘Before We Vanish’ melalui My Kingdom Music. Sekali dengar Dreariness mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan band-band Post-Black Metal seangkatan, sebaliknya cenderung kepada stail Depressive Black Metal bersulam Post-Black Metal which is a good thing memandangkan ini boleh membezakan mereka daripada band-band Post-BM yang melambak sekarang.

Saya terpesona dengan mood dan atmosphere sombre dibawakan oleh Dreariness. Tempo yang merangkak (tapi tak perlahan macam Doom Metal), riffs yang menzahirkan jiwa yang terluka dan vokal wanita yang rabak merupakan dimanifestasi sempurna untuk menggambarkan kesakitan dan tekanan dihadapi. Trek-trek yang dihidangkan sungguhpun perlahan, ia tetap devastating dengan paduan vokal high shriek dan low grunt beralaskan permainan gitar yang melancholic serta dram yang draggy. Kadang-kadang ada juga clean vocals yang menyelit, tetapi minor role saja. Seperkara yang saya perasan adalah dram berbunyi terlalu digital, mungkin dram direkod menggunakan dram digital, entahlah, saya tak berapa berkenan pun kerana tak warm dan natural. 

Durasi album ini boleh tahan juga panjang dengan berjumlah 55 minit. Rata-rata trek mencecah 7 minit ke atas, dan semestinya memakan masa dengan build-up dan juga untuk menaikkan feel. The thing about ‘Before We Vanish’ adalah setiap trek mempunyai feel yang fluctuating. Ada trek yang straight-up menjerit pecah tekak dengan gitar yang tak habis-habis memerah rasa pedih, lepas tu trek seterusnya membawa feel atmosphere sepi dan buat termenung. Kalau anda jenis pendengar yang cut to the chase, maybe skip this. Tapi kalau anda jenis suka hanyut dengan perasaan, ini adalah album anda patut dengar.

Before We Vanish kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Together to the Stars, Harakiri for the Sky, Violet Cold, Oathbreaker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected