CAVEAT! issue XVI – XXIII 

0

Sekalipun saya mengendalikan Dissecting the Euphony lebih daripada sedekad, saya jarang sekali check out zine tempatan dan luar negara. Sebagai penulis dan juga to some extent, seorang yang mempromosi scene muzik, saya sepatutnya lebih rajin untuk check out hasil penulisan rakan-rakang seangkatan, seperti zine CAVEAT! isu XVI – XXIII. Kerana selain menambah knowledge (banyak ya interviews dalam ni!), saya juga boleh belajar dan memperbaiki cara penulisan saya.

Berformatkan A4 dengan cetakan berwarna di kebanyakan halaman, CAVEAT! menjamu pembaca dengan in-depth interviews yang mengorek informasi tentang update terkini band-band serta terbitan dikeluarkan kepada soalan-soalan yang witty menguji akal (tanpa perlu berbunyi peribadi) yang buat saya tersengih. Temuramah dalam CAVEAT! banyak menyentuh perihal band secara in-depth yang saya kira susah nak cari di dalam talian(susah juga memandangkan banyak band yang obscure), melainkan datang daripada band sendiri. Malah, CAVEAT! turut menampilkan temuramah dengan label muzik dan pengusaha zine. 

Isu XVI-XXIII CAVEAT! memang padat yang menampilkan hampir 40 interview yang saya kira mengambil masa yang lama untuk ditulis, menerima respons, ditapis dan segalanya jadi saya benar-benar menghormati usaha CAVEAT! Sejujurnya, ini adalah antara matlamat Dissecting the Euphony di permulaan kami dahulu namun tak larat la nak buat haha. Jika ada kekurangan pun mungkin ada soalan yang dikemukakan seakan diulang-ulang, namun saya memahami yang interview ini dihantar kepada banyak pihak dan bukan semua pihak membalasnya. Macam leceh pula nak customize soalan bagi setiap pihak. But still, it’s an enjoyable reading material dan buat saya sedikit cemburu dengan usaha yang ditampilkan. Please support them!

CAVEAT! terdapat dalam format fizikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected