Dead Earth Politics – The Mobius Hammersmith (EP2017)

0

Dead Earth Politics merupakan band yang membawa genre Thrash/Groove Metal dari Austin, Texas USA. Ditubuhkan sekitar 2005, band ini telah menghasilkan 2 buah EP dan sebuah full length dan pada 5 March 2017, mereka tampil dengan sebuah material terbaru bertajuk The Mobius Hammersmith (EP2017) dimana ianya berada dibawah label Pavement Music. Sebagai mukadimah, Dead Earth Politics disenaraikan sebagai Best Metal Band (2012-2016) untuk Austin Music Award.

 Aaron (Guitars), Mason (Drums), Tim (Guitars), Ven (Vocals), Lennis (Bass)  
Tracklist :
1 – Runescarred
2 – The Mobius Hammersmith
3 – Balancing Broken Scales
4 – Wretched Things
5 – Broad Wings & Distant Shores

The Mobius Hammersmith (EP2017) boleh didefinisikan sebagai pertembungan Old Skool dan Modern Metal. Groove yang pelbagai, technical playing juga idea pelbagai di blend untuk menghasilkan komposisi yang baik. pengaruh dari Iron Maiden, In Flames, Metallica sehingga Lamb of God boleh dihidu dalam penciptaan lagu2 mereka.

Musicwise, Dead Earth Politics sememangnya punya idea yang pelbagai disamping skill permainan instruments setiap line up. Dari vocal hebat dari Ven yang mampu menyanyi dengan baik, juga jeritan2 nya yang terkawal mengingatkan gua kepada James Hetfield (Metallica) sehingga kepada Björn “Speed” Strid (Soilwork). Ven ternyata antara penyumbang kepada kekuatan vocal band ini. Kedua2 gitarist juga bijak menghasilkan riffing serta solo dan kadangkala kedengaran harmonic chords dimainkan sesama mereka. Bass yang cuba menyaingi permainan gitar dan drummer juga ternyata punya pelbagai idea dan strok untuk di apply kedalam komposisi lagu2 mereka.

Dari segi sound produksi, The Mobius Hammersmith (EP2017) boleh dikatakan antara produk yang bagus untuk sound akhir nya. Keseimbangan, kepaduan dan kesempurnaan adalah antara perkataan yang patut gua sebut apabila beberapa kali EP ini dimainkan.


Kenali Dead Earth Politics melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah video rasmi mereka bertajuk “Runescarred”.

Dead Earth Politics – Runescarred (Official Music Video)

Dead Earth Politics
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Twitter
Reverbnation
Myspace

Pavement Music
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected