Guerra Total – Nihilistic Malthusian Manifesto (The Ouroboros Cosmic Indifferentism) – 2017

0

Bermula sekitar 1997 dengan nama Dark Dragon dan bertukar kepada Eternal Dakr sebelum nama Guerra Total digunakan secara rasmi pada 2002, band dari Bogotá, D.C., Cundinamarca Colombia ini terlebih dahulu telah menghasilkan sebuah demo pada 2008, sebuah EP, 5 split album dan 7 buah album penuh. Pada 17 February 2017, dibawah label dari Mexico iaitu Iron, Blood and Death Corporation, band yang berkiblatkan Black/Thrash ini telah menghasilkan album ke 8 bertajuk Nihilistic Malthusian Manifesto.

 Deathfiend (Guitars), Jordicaz (Vocals), Demonslaught (Bass, Keyboards, Theremin, Vocals), Naberius (Drums)
Tracklist :
1 – Overture – Endymion – Selene
2 – Universal Misanthropolis
3 – Nuclear Ancient Ritual
4 – Nihil Malthusian Catastrophe
5 – Interludium – Osario de Palonegro
6 – Metaphysical Solipsism
7 – Marching towards the beyond
8 – Bethlehem Zombie God
9 – Cthulhu’s Reign (Posesión III)
10 – Nyarlathotep (The Black Pharaoh)
11 – Postludium- Live Fast, Die Old

    Kepada penggemar Black/Thrash Metal, Guerra Total adalah sesuatu yang perlu berada dalam senarai anda. Permainan yang pantas, bertenaga dan straight forward. Gua dapat menghidu pengaruh2 berbeza dari Sepultura (Bestial Devastation  & Morbid Vision) sehingga ke Impaled Nazarene. Elemen Speed Heavy Thrash Metal juga jelas boleh didengar sepanjang album ini dimainkan.

    Seperkara yang perlu dinyatakan walaupun Guerra Total menjurus kearah Old Skool, mereka jelas berani bereksperimen dengan memasukkan unsur2 musical lain seperti percussion untuk track “Cthulhu’s Reign (Posesión III)”, bossa nova untuk track “Interludium – Osario de Palonegro”, dan solo keyboard seperti yang biasa boleh didengar dalam lagu2 Speed dan Epic Symphonic Metal untuk lagu “Metaphysical Solipsism”.

    Sound produksi album ini masih berada dalam kualiti yang baik. Tidak terlalu raw dan tidak terlalu bersih dan sound sebegini ternyata berjaya meletakkan Guerra Total berada dalam konsep Black/Thrash Metal tanpa ragu2. Dan sepanjang pemerhatian dan pendengaran gua, sound2 sebegini masih releven untuk material2 dari kelompok negara2 Colombia, Peru dan seangkatan.

    Kenali Guerra Total melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Juga boleh berurusan untuk sebarang pembelian melalui band atau label Iron, Blood & Death Corporation. Layan dulu track2 didalam album ini melalui pautan dari bandcamp mereka di bawah ini.


    Guerra Total
    Email
    Facebook
    Reverbnation
    Soundcloud

    Iron, Blood and Death Corporation
    Email
    Website
    Blogspot
    Facebook
    Bandcamp

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Content protected