MRTVI – Negative Atonal Dissonance (2017)

0

MRTVI adalah satu projek one men band dari UK/Serbia. Mastermind bagi MRTVI ialah Damjan Stefanovic. Beliau juga merupakan pemain drum kepada band Sarah Jezebel Deva. Membawa konsep experiment yang agak melampau namun dinyatakan berada dalam landasan Black Metal. Negative Atonal Dissonance (2017) merupakan release kedua selepas Perpetual Consciousness Nightmare (2015) dan ianya secara rasmi akan dikeluarkan pada 30 July 2017.

Tracklist :
1 – As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 1
2 – As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 2
3 – Negative Atonal Dissonance

Track pertama As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 1 boleh dikatakan sebagai intro walaupun ianya meleret sehingga 7 minit. Tanpa sebarang bunyian dari gitar, bass dan drum, track pertama ini totally menggunakan sound sample yang di manipulasi secukupnya.

As Consciousness Is Harnessed To Flesh Part 2 adalah track bermuzik yang berdurasi 12 minit 50 saat. Adakala ianya kedengaran seperti material Industrial namun ianya kelam dan gelap.

Negative Atonal Dissonance yang merupakan track terakhir lebih gila dengan durasi sepanjang 20 minit 53 saat.

Walaupun kedengaran agak kelam kabut dan bercelaru, mungkin Damjan Stefanovic punya motif mencari originality dalam konsep direction MRTVI. Music yang boleh gila juga dan mungkin mudah difahami oleh orang gila hahaha.. Dinyatakan oleh MRTVI, Negative Atonal Dissonance sebenarnya bukanlah album tetapi adalah material yang membawa pertembungan beberapa elemen antara melodi, emosi dan pengaruh2 lain. Sesuatu yang rasanya tidak semua pendengar boleh menerima music sebegini.

Kepada fans Deathspell Omega, Portal, Oranssi Pazuzu, Plasmodium, Black Funeral, Blut Aus Nord dan Norse mungkin dapat memahami intipati music MRTVI. Avant garde dan experimet yang melampau. Boleh jadi bakal diangkat atau bakal menerima kutukan dari pendengar. Semua itu subjektif. Cuba dengar dan hadam.

Kenali MRTVI melalui laman sesawang yang disediakan dibawah. Juga untuk sevarang pembelian, Negative Atonal Dissonance (2017) dikeluarkan secara limited 100 copies digipak sahaja. Hubungi Transcending Obscurity Productions untuk koleksi music2 pelik anda.

MRTVI – Negative Atonal Dissonance (2017) – Album teaser

MRTVI
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Production
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected